Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

05 Mac 2010

Kuiz Matematik peringkat SKB 1



Kuiz Matematik peringkat separuh akhir dan akhir sempena Bulan Matematik SKB 1 telah dilangsungkan pada 4 Mac bertempat di Dewan Sri Bitara SKB 1. Antara pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir ialah Cakna Matematik, Wawasan, Bestari dan Bitara. Pasukan Cakna Matematik yang dianggotai oleh M.Asnawi, Anisah Dayana dan Nor Alia telah berjaya mengalahkan pasukan Bestari yang dianggotai oleh Shahira, Amalin Aisya dan Zaim untuk muncul sebagai juara Kuiz Matematik sempena Bulan Matematik.



Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran yang di kendalikan oleh Unit HEM SKB 1 dengan kejasama anggota-anggota bomba dari Balai Bomba Tumpat yang diketuai oleh En Fauzi. Latihan yang dirahsiakan dari murid-murid, guru-guru dan kakitangan untuk memastikan perjalanan latihan yang telus dan untuk memastikan semua warga SKB 1 sentiasa berwaspada dan 'alert' dengan situasi semasa.

Penyerahan Watikah Pengawas SKB 1

Majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas dan pelancaran bulan disiplin peringkat Sekolah Kebangsaan Berangan 1 di sempurnakan oleh Tuan Inspektor Noleek a/p Prakjun dari Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Tumpat.