Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

24 Februari 2011

PENDAFTARAN KANAK-KANAK TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2012 DAN 2013

PENDAFTARAN

  • Tarikh : 01 hingga 31 Mac 2011
  • Hari : Hari Bekerja
  • Masa : Waktu Pejabat
UMUR KANAK-KANAK
  • Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2005 hingga 01 Januari 2006 bagi sessi persekolahan tahun 2012
  • Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2006 hingga 01 Januari 2007 bagi sessi persekolahan tahun 2013
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
  • Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (salinan asal dan satu salinan fotostat)
  • Bukti alamat tempat tinggal (satu salinan asal dan satu salinan fotostat bil elektrik / bil air/ dokumen lain yang berkenaan jika perlu)
*Kanak-kanak yang akan belajar ditahun satu 2012 dan telah didaftarkan pada 1 mac hingga 31 Mac 2010 adalah dikecualikan daripada arahan pendaftaran ini. Tempat adalah terhad, pendaftaran selepas tarikh boleh dilakukan di Pejabat Pelajaran Daerah.

15 Februari 2011

Selamat Menyambut Mualid Rasul 2011

Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika

Ya habibi salammualaika

Telah terbit bulan purnama, Cahayanya menyinari kami

Kau contoh akhlak terpuji, Wajahmu penyejuk hati

Kau bagaikan matahari, Cahaya menerangi bumi

Engkaulah permata hati, Bertakhta di sanubari

Ya habibi Ya Muhammad,Penyeri timur dan barat

Kau yang gagah, yang mulia,Engkaulah imam kami


Sekolah akan bercuti pada 15hb Februari selama satu hari sempena Maulidur Rasul 2011.

13 Februari 2011

Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Matematik

Program : Bulan Matematik
Tarikh: 13hb Februari 2011
Tempat: Tapak Perhimpunan

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Panitia Matematik, En Deraman Husin yang menjelaskan tujuan dan matlamat program Bulan Matematik diadakan.

Majlis diserikan dengan sketsa tentang kepentingan mempelajari Matematik dan juga persembahan boria dari pasukan Boria Sk Berangan 1 dibawah pimpinan cikgu Zuki.

Majlis perasmian dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Ramzah Yusof.

*gambar akan diupload kemudian...