Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

29 Mac 2012

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun Satu

SKB1 29 Mac- Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan sekolah-sekolah dalam DUN Kelaboran bermula jam 3.00 petang 28.3.2012 bertempat di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kebangsaan Berangan 1. Bantuan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 100 diberikan kepada semua murid Tahun Satu 2012. Sekolah-sekolah yang terlibat termasuklah :
       1. SK Berangan (1)         5. SK Tumpat
       2. SK Berangan (2)         6. SK Sri Tumpat (1)
       3. SK Kelaboran             7. SK Sri Tumpat (2)
       4. SJK(C) Yuk Tze






07 Mac 2012

Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran
7 Mac 2012

Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 7 Mac dengan kerjasama Balai Bomba Tumpat, sebagai salah satu program 3K yang dirancang oleh pihak sekolah.



Latihan dimulakan dengan demonstrasi menyelamat mangsa kebakaran oleh anggota bomba.Kemudiannya diikuti dengan ceramah keselamatan kebakaran oleh En Nazmudi dari balai bomba Tumpat.

Demonstrasi memadam kebakaran oleh anggota bomba dari Balai Bomba Tumpat dan juga latihan memadam kebakaran dari wakil guru dan murid SKB 1





Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas
4 Mac 2012

Satu majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas telah diadakan pada 4 Mac bertempat ditapak perhimpunan SK Berangan 1. Majlis yang dirasmikan oleh YDP PIBG En Ismail Mohamed dimulakan dengan perarakan masuk Lencana Sekolah dan pulut kuning, kemudiannya pemeriksaan pembarisan oleh YDP PIBG.

Pengawas SKB 1 2012

Perarakan Masuk Lencana Sekolah dan pulut kuning

Guru Besar SKB1 

Pemeriksaan Perbarisan oleh YDP PIBG

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG

Maulidurrasul

Sambutan maulidurasul
16 february 2012
Khamis

Bagi menunjukkan rasa sayang kepada Rasulullah saw, SKB 1 telah mengadakan satu majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah yang di mulakan dengan perarakan dan selawat, ceramah maulidurrasul dan juga aktiviti mewarna untuk murid-murid tahap 1.

Murid-murid berhimpun sebelum perarakan

Bersiap sedia untuk memulakan perarakan

Perarakan Maulidurasul.

Guru Besar turut serta dalam perarakan 

Murid-murid mengikuti ucapan dari Guru Besar

Bacaan Doa oleh wakil murid

Hjh Ramzah GB SK Berangan 1

Motivasi Tahun 6

15 February 2012
Dewan Sri Bitara

Program motivasi murid-murid tahun 6 telah diadakan sebagai satu daripada program-program yang dirancang untuk kecemerlangan UPSR. Ceramah motivasi disampaikan oleh Pn Hjh Ramzah Yusoff, Guru Besar SKB 1 sendiri dan juga oleh En Deraman Husin Ketua Panitia Matematik SKB 1.
Pn Hjh Ramzah sedang menyampaikan ceramah motivasi