Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

28 Mac 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BERANGAN 1 2015

SKB1 28 MAC - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah ini telah diadakan pada Hari Jumaat 27 Mac 2015 pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kabangsaan Berangan (1). Mesyuarat kali ke 39 ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBhg. Datuk Haji Zulkifli bin Abdullah, Pengerusi Yayasan Alkubra, Tumpat. Beliau telah menyampaikan amanat dan juga sumbangan peribadi kepada YBhg. YDP PIBG sekolah ini untuk tabung PIBG SK Berangan (1). Turut hadir Pegawai dari PPD Tumpat.











16 Mac 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2015

SKB1 16 MAC - Kem Bestari Solat siri 1 sekolah ini telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2015. Kem yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru j-Qaf dan guru-guru KAFA telah diadakan dengan jayanya. Seramai 189 orang murid dan 26 orang tenaga pengajar telah menjayakan program sehari selama 10 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Murid-murid yang terlibat adalah dari kumpulan Tahun 1 dan Tahun 2. Mereka telah mengikuti cara-cara bacaan, berwuduk dan cara bersolat yang betul sepanjang program ini.




PROGRAM SEWANGI KASIH IBU, SEMERBAK KASIH AYAH

SKB1 16 MAC - Majlis bersama ibubapa dan murid-murid linus telah diadakan pada hari Khamis 12 Mac 2015 bertempat di Dewan Seminar Hajjah Ramzah, SK Berangan (1). Program mengumpulkan ibubapa murid-murid linus adalah bagi mengupayakan kejituan program untuk meningkatkan pencapaian murid-murid linus dengan bantuan ibubapa membantu anak-anak membaca bagi merealisasikan anak-anak berjaya ke pembelajaran arus perdana. Juga diaktifkan Program Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis bermula jam 9.00 pagi disertai seramai 27 orang ibubapa yang terlibat. Majlis disempurnakan oleh YBrs En.Che Musthafa b Che Kasim, Guru Besar SK Berangan (1). Ceramah disampaikan oleh Pegawai Fasilinus PPD Tumpat, Puan Arzillawati bt Awang Long.







MOTIVASI IBUBAPA DAN CALON-CALON UPSR 2015

SKB1 16 MAC - Perjumpaan ibubapa dan Program Motivasi kepada ibubapa dan calon-calon UPSR tahun 2015 telah diadakan pada 11 Mac 2015 bertempat di Dewan Sri Bitara (untuk ibubapa) dan di Dewan Haji Ismail (untuk calon-calon). Program bermula seawal 8.30 pagi disempurnakan oleh YBrs Encik Che Musthafa b Che Kasim , Guru Besar SK Berangan (1). Ceramah Motivasi telah disampaikan  oleh YBhg Pn Hjh Ramzah bt Yusoff, mantan Guru Besar sekolah ini. Seramai 132 orang ibu/bapa telah hadir bersama-sama calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan UPSR tahun ini.