Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

25 November 2009

Mesyuarat Perancang

Mesyuarat perancang telah diadakan pada hari ini pada jam 10:30 pagi iaitu selepas Mesyuarat KO. Selain dari perlantikan AJK beberapa program bagi tahun 2010 juga dibincangkan.

19 November 2009

Keputusan UPSR 2009

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah telah dikeluarkan. Seramai 60 orang murid SK Berangan 1 mendapat 5A dengan peratus lulus sebanyak 90.48. Seterusnya..

16 November 2009

ANUGERAH AURA BITARA



Isnin, 16 Nov 2009


Satu majlis Anugerah Aura Bitara telah diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Berangan 1 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.


Majlis ini yang dirasmikan oleh Yang Berusaha En Azian Jaafar, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tumpat. Dalam majlis ini juga, dua orang murid tahun enam telah dianugerahkan sebagai tokoh murid lelaki dan juga tokoh murid perempuan. Tokoh murid lelaki telah dianugerahkan kepada adik Fathuraman dan tokoh murid perempuan dianugerahkan kepada adik Salsabila Farhana diatas kecemerlangan mereka dalam kedua-dua bidang. Satu tokoh murid harapan telah diperkenalkan bagi memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih cemerlang pada masa yang mendatang. anugerah ini telah diberikan kepada adik Shahira Hazwanie dari tahun 5.

GANGGUAN KOMUNIKASI

Komunikasi mengikut Highet, ialah pemancaran idea dari satu pemikiran kepada satu pemikiran yang lain. Komunikasi ialah satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak ke satu pihak yang lain. Komunikasi berkesan akan tercapai jika penerima menerima dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh penyampai.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Suara guru hendaklah lantang dan jelas serta mengunakan kata-kata yang mudah difahami oleh murid. Seorang guru perlu memastikan supaya komunikasi dengan murid-muridnya adalah bersifat jelas dan terbuka.

Gangguan-gangguan dan Halangan Komunikasi

1. Bising

Kelas yang bising atau persekitaran kelas yang bising (kelas yang berhampiran dengan jalanraya atau pun kawasan pembinaan) akan menganggu komunikasi yang berkesan kerana murid atau pelajar sukar mendegar pelajaran yang disampaikan oleh guru.

2. Emosi Guru atau Murid

Emosi guru atau murid yang kurang stabil akan menjejaskan penumpuan guru atau murid semasa sessi pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan apa yang ingin disampaikan tidak berjaya disampaikan dengan berkesan.

3. Anggapan Umum Terhadap Guru

Terdapat sesetengah murid/pelajar yang berpendapat bahawa guru yang mengajar itu baru dan kurang pengalaman maka mereka mungkin tidak memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran oleh itu komunikasi yang berkesan gagal dilaksanakan.

4. Pemikiran Tertutup

Guru atau murid yang mempunyai pemikiran yang tertutup akan menyebabkan komunikasi itu tidak berkesan. Murid yang berpendapat bahawa satu-satu tajuk itu tidak menarik atau penting tidak akan memberi tumpuan dan ini menyebabkan penyampaian guru tidak diterima secara seratus peratus. Manakala sifat guru yang tidak bersedia untuk menerima pendapat atau pandangan murid juga tidak membantu dalam komunikasi yang berkesan.

15 November 2009

ALIRAN P & P

Antara langkah-langkah atau aliran proses P&P yang perlu diamalkan. Semoga dapat dikongsi dengan pembaca sekalian.

1. Masuk Kelas Awal atau Tepat Pada Masanya

2. Amalkan Budaya Salam dan Membaca Doa

3. Keceriaan dan Kebersihan Kelas


Pastikan keadaan kelas yang bersih dan kemas supaya Pengajaran dan Pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif. Pastikan juga murid betul-betul bersedia sebelum memulakan pengajaran

4. Aktiviti P&P Berpusatkan Murid

Setiap aktiviti pengajaran mestilah lebih bertumpu kepada murid. Pengunaan BBM yang sesuai dan bahan-bahan (material) yang konkrit juga dapat membantu kefahaman murid

5. Penilaian


Selepas aktiviti P&P guru mesti membuat penilaian ( lisan atau bertulis) Jika penilaian P&P berjaya akan diikuti dengan aktiviti pengukuhan.

Sebaliknya jika gagal aktiviti pemulihan perlu dilakukan.

JAMUAN GURU SKB 1

Jamuan akhir tahun bagi guru-guru SK Berangan 1 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 15 November 2009 bertempat di New Horizon, Kota Bharu.

Jamuan yang bermula pada jam 2.00 petang itu juga turut disertai YDP PIBG Tn Hj Ismail Mohamed. Namun begitu jamuan pada tahun ini agak ringkas kerana tiada acara-acara sampingan terutamanya cabutan bertuah.Selepas menerima hadiah dari Guru Besar Pn Hjh Ramzah Yusoff jamuan tersebut berakhir pada jam 3.15 petang.


SK BERANGAN (1) SENTIASA KEARAH BITARA