Bermula pada jam 0900 hingga jam 1200 pendaftaran murid-murid tahun 2 hingga 6 dan pembayaran pelbagai bagi sessi persekolahan 2010 sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat PIBG.
Murid dan Ibu di Kaunter kelas masing-masing
Sebahagian dari Ibubapa yang hadir.
30 Disember 2009
29 Disember 2009
Mesyuarat Guru Sessi 2010
Mesyuarat guru untuk sessi 2010 kali pertama diadakan pada hari ini bermula pada jam 0900 di bilik gerakan SKB 1. Antara perkara yang disampaikan oleh Guru Besar ialah :
Sasaran kerja
Bidang Pentadbiran, Bidang Kurikulum, Bidang HEM, Bidang Kokurikulum
Sasaran kerja
Bidang Pentadbiran, Bidang Kurikulum, Bidang HEM, Bidang Kokurikulum
- meningkatkan pengurusan kakitangan dan sumber tenaga supaya dapat memberikan perkhidmatan cemerlang melalui team work.
- Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang kondusif, meningkatkan aspek keceriaan fizikal.
- Efisyen dalam memberi maklum balas kepada superior dan pelanggan.
- 100% murid celik huruf BM & BI, celik angka dan Sains
- Meningkatkan dan melastarikan Kecemerlangan UPSR di peringkat negeri.
- Mengaplikasikan ICT dalam P&P secara berkesan dan terancang.
- Meningkatkan disiplin murid melalui pemantapan pelaksanaan program HEM
- Membudayakan Amalan 5S.
- Meningkatkan pengurusan bidang HEM supaya dapat menyokong pembinaan sahsiah terpuji dalam kalangan murid
- 100% perancangan kokurikulum dangan penglibatan 98% penyertaan murid dalam semua aktiviti
- Mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada tahun lepas
- Mengunapakai tenaga profesional untuk meningkat pencapaian peserta.
- Mewujudkan 100 buah sekolah cemerlang menjelang 2012
- pendidikan pra sekolah, 87% dalam masa 3 tahun
- kemahiran membaca dan mengira (2012 semua murid tahun 4 boleh membaca dan mengira)
- Bai'ah (New Deal) imbuhan baru untuk pengetua / guru besar
20 Disember 2009
Jualan Uniform Sekolah
Hari ini satu karnival jualan pakaian seragam sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa dan guru Sekolah Kebangsaan Berangan 1 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna SKB 1, bermula dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari.Baca seterusnya..
18 Disember 2009
15 Disember 2009
Pembinaan Konsep
Terdapat empat peringkat pengajaran untuk memimpin pelajar membina konsep yang betul.( Cangelosi, 1996). Sebelum merancang pengajaran guru perlu menentukan jenis dan saiz kumpulan bagi setiap peringkat yang hendak dilaksanakan. Guru juga mesti peka terhadap kebolehan dan minat pelajar, bahan-bahan yang hendak digunakan dan juga tahap kesukaran yang hendak dilaksanakan.
Empat peringkat tersebut ialah yang pertamanya ialah menyusun dan mengkategorikan. Pada peringkat ini guru perlu menyediakan tugasan yang memerlukan pelajar untuk menyusun dan mengkategorikan kepada sesuatu yang spesifik. Guru boleh memberi panduan tapi mestilah membiarkan pelajar sendiri yang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Pada peringkat yang kedua ialah peringkat membuat refleksi dan penerangan. Pada peringkat ini pelajar diminta untuk menerangkan rasionalnya mereka mengategorikan contoh-contoh tersebut. Guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetus pemikiran dan juga dapat menerangkan lagi penerangan mereka.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat dimana pelajar-pelajar membuat generalisasi dimana pelajar akan menerangkan atau menjelaskan konsep berdasarkan kepada analisa dan keterangan mengapa set contoh berbeza dengan set bukan contoh. Diperingkat ini mereka mungkin akan dapat membuat definasi konsep tersebut. Namun begitu tidak penting/perlu bagi pelajar untuk menamakan konsep tersebut dengan tepat.
Peringkat yang terakhir dalam memimpin pelajar membina konsep ialah pengesahan. Penerangan maksud diuji dengan tambahan set contoh yang sudah dikenalpasti contoh atau bukan contoh.
Langgan:
Catatan (Atom)