Satu program Motivasi bagi murid-murid tahun 6 dan ibubapa telah diadakan pada hari ini 6 Julai bersamaan dengan hari Rabu.
Program bermula pada jam 0830 dengan penyerahan slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun kepada ibubapa dan penjaga. Kemudiannya diikuti dengan ucapan guru besar Pn Hjh Ramzah Yusoff dan penyampaian hadiah kepada murid yang mendapat 5A oleh wakil ibubapa diikuti dengan ceramah motivasi.
Objektif utama program ini ialah meningkatkan kesedaran ibubapa tentang amanah dan tanggungjawab bersama terhadap peningkatan prestasi akademik dan pembentukan sahsiah anak.
Memberi maklumat tentang prestasi pencapaian akademik anak-anak dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Menjalinkan hubungan erat antara pihak sekolah dan ibubapa.
Gambar Program Motivasi
Pendaftaran dan Penyerahan Slip Peperiksaan
Ucapan Guru Besar
Penyampaian Hadiah Oleh Wakil Ibubapa
Murid-murid dan Ibubapa
Penceramah Motivasi