Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

20 September 2011

Lawatan Melaka - Kuala Lumpur

LAWATAN KE MELAKA – KUALA LUMPUR

Hari pertama……

(18.09.2011)



Jam 5.50pm. Kebanyakan peserta rombongan sudah memenuhi ruang2 yg agak sempit di stesen  keretapi Tumpat. Ayah, ibu, adik2 turut serta untuk memberikan lambaian buat peserta rombongan. Wah! Macam orang kampong menghantar sanak saudara yang nak pergi Mekah untuk tunaikan ibadat haji pula. Kredit paling tinggi patut diberikan kepada Ustaz Nazaruddin yang sampai seawal jam 5.00 pm. Tahniah, walaupun beliau dari Kuala Lumpur, tapi untuk kepuasan anak, sanggup hantar Aishah pergi ke Kuala Lumpur bersama rakan2.



        Ibu bapa masing2 bersama anak2. Banyak pesanan yang diseenaraikan. Tak tahulah berapa je yang masuk dalam ingatan. Tahu saja, fikiran excited nak pegi lawatan.. Dengan t-shirt Red Warrior kebanggaan rakyat Kelantan. Yang dok makan pun ada. Ye lah hati ibu kan. Takut nanti anaknya ke;aparan atas train. Apa pun papa bangga gak bila tengok sokongan ibubapa yang tidak berbelah bahagi.



        6.32 pm …. Setelah di check kehadiran, ank2 papa arahkan untuk menaiki train. Seat bebas. Antara no 1c hingga 11d. Ank2 bebas meilih untuk duduk dengan sape2 je. Wah… masing2 teruja tu. Anyway, inilah suka duka yg papa memang seronok tengok bila bawa ank2 travel.

       

6.45 pm ……dan keretapi pun memulakan perjalanannya. Seperti yang dijangka, macam2 citer yg kedengaran kat atas train. Al maklumlah. Koc W8 Cuma dipenuhi oleh ank2 SKBI n 6 orang dari SK Zainab 1. Apa lagi, masing2 buat hal jelah. Lantak dia orang le.. Mereka tengah seronok. Apa salahnya sekali sekala. Lagipu dah berbulan tension dgn UPSR. Ini time utk balas dendam. Papa amat memahami ank2 pd ketika ini…Teruskan, Cuma jgn melampau.



10.32 pm ….Tak Nampak pun riak2 di wajah ank2 utk tidur. Semuanya masih segar bugar. Aduhh… Kalau macam ni bila papa boleh pegi ke kantin ni. Ada yang main psp, dengar lagu dari hp, main game. Yg dok baca buku ramai gak. Wah …. Bagus lah. Tak puas2 baca buku. Hmmmm ….lg lagi best. Asyik makan je. Sape? Sape lagi kalau bukan Fuad n the geng. Ptg td makan nasi, dok sekejap makan sanwish yg mak dia bekalkan. Datang abe jual makanan, dia beli makanan. Tak sampai setengah jam, makan burger pula. Aduhhhh …. Berselera sungguh. Control anak oiii. Papa bukannye apa. Tak larat nak temankan ko ke tandas je nanti.





Hari kedua ….

(19.0.2011)



Welcome to Tampin …..jam 6.10 pg . kami disambut oleh pegawai KTMB yg bertugas. En Azlan nama dia. Aasal Kelantan tp duduk kat Melaka. Kami dibawa ke Masjid Kuala Inai, Pulau Sebang, Alor Gajah untuk mandi dan buat apa2 yg patut. Segar selepas 12 jam perjalanan.



7.36 pg ….. Perjalanan diteruskan ke Bandar Hilir Melaka. Inilah permulaan lawatan yg akan ditempuhi oleh anak2 SKB1. Kami sarapan di kedai pak cik yg asalnya dari Kelantan. Abang kepada cg Saiful Had yg ngajar di Morak suatu waktu dahulu. Pekena nasi goring. Not bad. Anak2 SKB1 makan nasi lemak Bandar Hilir. Kami jalan2 sekitar sementara menantikan acara lawatan secara langsung.



9.40pg … Taman Merdeka, 10.45pg Istana Kesultanan Melaka.



Semasa di Muzium Kastam, secara kebetulan Dato Nasir, Pengarah Kastam Negari Melaka ada kat sana. So dia pun bagilah sepatah dua kata utk ank2 SKB1. Best gak. Bukan selalu dpt dirai oleh pengarah bergelar dato ni. Kami kat Bandar hilir sehingga jam 2pm lebih. Banyak tmpat menarik kami jejaki n lawatai. Tak kurang gak kami sempat susuri sungai Melaka. Paling best saat berada di puncak Menara Tamingsari. Sambil berpusing kat atas udara sambil2 tu dpt nikmati panorama seluruh Bandar Melaka. Selepas makan tengahari kami ke Perigi Hang Tuah dan sepeas itu kami teruskan perjalann ke Zoo Melaka. Perjalanan hari ini diakhiri dengan begambar kat Masjid Putrajara n sekitarnya. Tiba di Mexico Hotel jam 9 lebih2 n …………tidurrrrrrr.






12 September 2011

MAJLIS IZIN ILMU

Majlis Izin Ilmu Tahun 6, UPSR 2011
12 September

Majlis izin ilmu bagi murid-murid tahun 6 2011 yang akan menduduki UPSR pada 13 - 15 September 2011.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk murid-murid tahun 6 ke tapak perhimpunan.
Murid Tahun 6 Bersedia Untuk Perarakan Masuk
Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Negeri dan Lagu sekolah diikuti dengan ucapan wakil murid (Danish Danial), wakil ibubapa (En Rozaki), wakil guru tahap 1 (Pn Hjh Wan Kamilah) dan wakil guru tahap 2 (En Zuki Md Noor).

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Ketua Panitia BM, BI, MT, SN dan Agama. Sebelum diikuti dengan ucapan khas tuan guru besar Pn Hjh Ramzah Yusoff.
 
Ucapan Ketua Panitia Subjek Teras
Untuk melihat gambar Majlis Izin Ilmu sila ke Facebook SK Berangan 1

09 September 2011

Jamuan di KFC

8 Sept 2011
KFC Lapangan Terbang, P. Chepa

Pn Hjh Ramzah, Guru Besar SKB 1, telah bermurah hati membelanja murid-murid yang mendapat 5A dalam Percubaan dan murid-murid dari kelas yang lemah (6D & 6M) yang lulus semua mata pelajaran dalam Percubaan UPSR yang lepas.

Semoga ini dapat membangkitkan perasaan dihargai dalam diri murid-murid SKB1, dan semoga berjaya dalam UPSR minggu hadapan. Insyaallah.

Untuk melihat gambar klik disini