28 Ogos 2011
26 Ogos 2011
MAJLIS BERMAAFAN WARGA SKB1
MAJLIS BERMAAF-MAAFAN SKB 1
25 Ogos 2011
Dewan Terbuka SKB 1
25 Ogos 2011
Dewan Terbuka SKB 1
Ucapan Wakil Murid Tahap 2 |
Ucapan Wakil Murid Tahap 1 |
Tn Hj Mohd Zubir, PK Pentadbiran SKB 1 |
Penyampaian Duit Raya |
Guru dan Murid Bersalaman dan Bermaaf-maafan |
Pengagihan Wang Zakat 2011
Majlis Pengagihan Wang Zakat
24hb Ogos 2011
Satu majlis untuk mengagihkan wang zakat kepada ibubapa murid yang memerlukannya. Majlis disempurnakan oleh Pn Hjh Ramzah, Guru Besar SKB 1.
24hb Ogos 2011
Satu majlis untuk mengagihkan wang zakat kepada ibubapa murid yang memerlukannya. Majlis disempurnakan oleh Pn Hjh Ramzah, Guru Besar SKB 1.
Ucapan Pn Hjh Ramzah, Guru Besar SKB1 |
22 Ogos 2011
Keputusan Percubaan UPSR
5A | 4A | 3A | % | NGP | |
2010 | 34 | 28 | 23 | 77.3 | 1.73 |
PERCUBAAN 2011 | 39 | 24 | 17 | 87.74 | 1.75 |
Senarai Nama Murid Yang Mendapat 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR
Bil | Murid | Kelas |
1 | AIMAN SYAZWAN B ABDUL AZIZ | 6A |
2 | AINUN BASYIRAH BT MOHD PAZAI | 6A |
3 | AIRANI TASNIM AESYAH BT. ABDULLAH | 6A |
4 | AISHAH BT. NAZARUDDIN | 6A |
5 | AMMAR ZUFAYRI B. AZEMAN | 6A |
6 | ANIS MASHITAH BT. MOHAMED | 6A |
7 | CHE NOR ATIFAH BT CHE ANUAR | 6A |
8 | DANISH DANIAL B AZALI | 6A |
9 | MOHAMAD SYAFIQ B SULAIMAN | 6A |
10 | MU'AZ B ZULKIFLEE | 6A |
11 | MUHAMAD FADLIE B ROZAKI | 6A |
12 | MUHAMAD NAZRAN B MUHAMAD SIDID | 6A |
13 | MUHAMAD SYAKIR BIN AZIH | 6A |
14 | MUHAMMAD ADAM FATHI B MOHD ARIF RASIDIN | 6A |
15 | MUHAMMAD JUNAID B HUSSIN | 6A |
16 | MUHAMMAD NAZHANIF B MOHAMED PAUZI | 6A |
17 | NIK MUHAMMAD FIRDAUS B PAHAMI | 6A |
18 | NIK NURFATIN NABILA BT RUZUKI | 6A |
19 | NOR AINA HADIFAH BT. NOR ASMADI | 6A |
20 | NOR HAZIZAH BT MOHAMMED | 6A |
21 | NOR NAZHIRAH BT. ZAIDI | 6A |
22 | NOR SAFWANAH BT ABD. AZIZ | 6A |
23 | NUR AMALIN ZAHIRAH BT CHE RAZMAN | 6A |
24 | NUR AMNANI NADIRAH BT ZAHARI | 6A |
25 | NUR IZZAH ATHIRAH BT MUHAMOD | 6A |
26 | NUR SHUHADA BT MOHAMAD HADZRI | 6A |
27 | NUR SYAHIRAH SOFEA BT ALOHA | 6A |
28 | NURUL ASIAH NAJIHAH BT NAIM | 6A |
29 | NURUL HIDAYAH BT. ISMAIL | 6A |
30 | NURUL IZZAH BT MAT NAWI | 6A |
31 | SITI NUR FIRDA AZEERA BT. MOHD. FIKRI | 6A |
32 | SITI SARAH BT CHE ZAHARI | 6A |
33 | SYAZWINA BT IBRAHIM | 6A |
34 | TENGKU MUHAMMAD HAFIZ B TENGKU OTHMAN | 6A |
35 | WAN MUHAMAD DIHYA'UDDIN B MAZLAN | 6A |
36 | AHMAD ZAKWAN BIN AHMAD MUSTAPHA | 6B |
37 | AZZAMIMI BT. MAT ISSA | 6B |
38 | MOHAMAD HAFIS IZUDDIN B ROSLAN | 6B |
39 | MUHAMMAD AMMAR HAFIZIE B. MUHAMMAD JAZLAN | 6B |
14 Ogos 2011
Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke-5
Tarikh : 13 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Wawasan SKB 1
Satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke-5 telah diadakan pada 13 Ogos 2011 dengan fokus utama adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Antara fasilitator yang terlibat ialah
- En Zulkifli Mat Amin
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
-
- En Khairu Azahar Mohamed
- Dunia Seni Visual
-
- En Mohd Zuki Mohd Noor
- Dunia Muzik
-
- En Zulkifli Abdu Majid
- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) & Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
-
09 Ogos 2011
KHUTBAH RASULULLAH MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
KHUTBAH RASULULLAH MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kamu bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya.Di bulan ini, nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dikabulkan.
Bermohonlah kepada Allah Tuhammu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya.Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada orang fakir dan miskin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.
Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih: Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengkabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggungmu berat kerana beban (dosamu), maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu.
Ketahuilah! Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-‘Amin.
Wahai manusia! Barang siapa di antaramu menjamu orang-orang mukmin berbuka puasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan ia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
(Sahabat-sahabat bertanya:” Ya Rasulullah! Tidakkah kami semua mampu berbuat demikian”. Rasulullah meneruskan) Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia! Siapa yang baik akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melalui titian pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Barang siapa yang meringankan pekerjaan yang dimiliki tangan kanannya (pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari akhirat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari berjumpa dengan-Nya.
Barang siapa melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain. Barang siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barang siapa pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, ganjarannya sama seperti khatam al-Quran pada bulan-bulan lain.
Wahai manusa! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu. Maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan menutupnya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu utnuk tidak dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.
Amirul Mukminin berkata : Aku berdiri dan berkata,” Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan in?” Jawab nabi :
…menjaga diri dari apa yang diharamkan oleh Allah.
08 Ogos 2011
Lawatan Timbalan Pengarah ke SKB1
7 Ogos 2011, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Tn Hj Zahari Daud telah melakukan lawatan Pemantaun Kecemerlangan UPSR 2011 ke SK Berangan (1). Turut serta bersama beliau ialah Dr Hj Mat Asuar Awang, Penolong Pengarah Pengurusan Guru (USR) Jabatan Pelajaran Negeri.
Antara perkara-perkara yang disentuh oleh Tuan Timbalan Pengarah dalam perjumpaan dengan warga pendidik SKB (1) selain dari analisa UBB3 dan ETR UPSR 2011 ialah ciri-ciri guru cemerlang, bagaimana memaksimakan penggunaan tenaga kerja, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada supaya tidak berlakunya pembaziran, potensi murid perlu dikembangkan semaksima mungkin.
- Perancangan
- Mengajar sambil berdiri
- Komunikasi dua hala
- Objektif dan Matlamat tercapai
- Latihan
Budaya Kerja X-PLUS
- Excellence
- Pengetahuan
- Latihan
- Usaha (kreatif dan Inovatif)
- Sepasukan
02 Ogos 2011
01 Ogos 2011
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YAN BERLAKU DI BULAN RAMADHAN
Assalamualaikum anak-anak......
Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa untuk tahun ini. Tentunya anak-anak masih segar bugar. Masih ada energy. Harapan papa agar puasa anak-anak sempurna sampai waktu berbuka nanti. Jangan lupa, bila berbelanja di pasar Ramadhan, bersederhanalah. Papa takut nanti anak-anak berbelanja mengikut nafsu semata-mata, sudahnya membazir. Ingat !!!! Beli makanan atau barangan yang perlu sahaja.
Okeylah ...untuk hari ini papa ingin berkongsi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan. Harap, ianya dapat dijadikan panduan dan iktibar untuk kita semua.
1. Penurunan kitab-kitab Samawi pada bulan Ramadhan.
Suhuf nabi Ibrahim : Awal Ramadhan
Kitab Taurat nabi Musa : 6 Ramadhan
Kitab Injil nabi Isa : 13 Ramadhan
Kitab suci al-Quran : 17 Ramadhan
2. Peristiwa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan seperti yang dijelaskan dalam surah al-
Qadr.
3. Perang Badar berlaku pada hari Jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah yang
membawa kemenangan kepada tentera Islam. Ia juga disebut "Yaumul Furqan" (Hari pemisah
antara yang benar dengan yang salah).
4. Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah) yang berlaku pada 20 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
5. Perang Tabuk berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
6. Peristiwa Bani Thaqif dari Taif memeluk Islam pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
7. Pemusnahan tempat pemujaan berhala al-Uzza oleh panglima Khalid al-Walid di Nakhlah pada
bulan Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
8. Penyebaran Islam ke negeri Yaman pada bula Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.
9. Panglima Tariq bin Ziad berjaya mengalahkan tentera Roderick pada bulan Ramadhan tahun ke
92 Hijrah yang membawa kepada pembukaan Andalusia (Sepanyol).
10 Berlaku perang al-Zulaqah pada 25 Ramadhan tahun 479 hijrah di suatu kawasan tanah rendah
(berhampiran Portugal sekarang) di antara tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf Tashipin
dengan tentera Peranchis pimpinan Alfonso. Tentera Islam mencapai kemenangan.
11 Berlaku perang "Ain Jalut" pada 15 Rmadhan tahun 658 Hijrah di antara tentera Islam yang
dipimpin oleh Sultan Qutuz iaitu Sultan Kerajaan Mamalik di Mesir dengan tentera Mongol.
Tentera Islam mencapai kemenangan dan berjaya menyatukan kembali Mesir dan negeri Syam.
12 Khadijah binti Khuwailid isteri nabi s.a.w. menerima Islam.
13 Kematian Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid pada tahun ke 10 selepas Nabi s.a.w.
dilantik menjadi Rasul. Beliau merupakan isteri pertama baginda s.a.w., ibu kepada anak-anak
baginda s.a.w, orang yang pertama menyahut seruan Nabi s.a.w, pembantu setia dan
pendamping rapat yang telah membelanjakan segala hartanya dan dirinya
di dalam menyebarkan agama Islam kepada masyarakat syirik dan berhala di Kota Mekah.
14 Pada tahun kedua Hijrah difardhukan 'ibadah zakat dan solat dua hari raya.
15 Perutusan Zaid bin Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi
menggertak mereka kerana telah menghalang satu kafilah dagangan daripada menuju ke
Madinah, mereka telah menawan kafilah tersebut, merampas dagangannya dan membunuh
beberapa anggotanya. Apabila Zaid sampai di sana, beliau mendapati Bani Fazarah telah
melarikan diri dan beliau pulang ke Madinah membawa beberapa orang tawanan dan harta.
16 Pengislaman kaum Saqif pada tahun ke 9 Hijrah setelah menemui Nabi s.a.w. di Madinah.
17 Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad s.a.w. pada tahun ke 11
Hijrah. Beliau merupakan orang pertama di dalam keluarga nabi Muhammad yang meninggal
dunia selepas kewafatan Baginda s.a.w. Berusia 29 tahun meninggalkan suaminya Ali bin Abi
Talib dan dua orang cucu Baginda s.a.w. ketua pemuda penghuni syurga al-Hasan dan al-Husin.
18 Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 Hijrah dibunuh oleh seorang Khawarij Abd Rahman
bin Muljim al-Himyary.
19 Kematian Ummul Mu'minin Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq pada tahu ke 85 Hijrah.
20 Kematian Nafisah binti al-Husan bin Zaid bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib pada tahun ke 208
Hijrah. Beliau telah keluar dari Madinah bersama suaminya Ishaq bin Jaafar bin Muhammad as-
Sadiq menetap di Mesir.
Waktu Imsak dan Maghrib (Ramadhan)
HARI | TARIKH | IMSAK | MAGHRIB |
ISNIN | 1 | 5.40 | 7.30 |
SELASA | 2 | 5.40 | 7.30 |
RABU | 3 | 5.40 | 7.30 |
KHAMIS | 4 | 5.40 | 7.30 |
JUMAAT | 5 | 5.41 | 7.30 |
SABTU | 6 | 5.41 | 7.29 |
AHAD | 7 | 5.41 | 7.29 |
ISNIN | 8 | 5.41 | 7.29 |
SELASA | 9 | 5.41 | 7.29 |
RABU | 10 | 5.41 | 7.28 |
KHAMIS | 11 | 5.41 | 7.28 |
JUMAAT | 12 | 5.41 | 7.28 |
SABTU | 13 | 5.42 | 7.27 |
AHAD | 14 | 5.42 | 7.27 |
ISNIN | 15 | 5.42 | 7.27 |
SELASA | 16 | 5.42 | 7.26 |
RABU | 17 | 5.42 | 7.26 |
KHAMIS | 18 | 5.42 | 7.26 |
JUMAAT | 19 | 5.42 | 7.25 |
SABTU | 20 | 5.42 | 7.25 |
AHAD | 21 | 5.42 | 7.25 |
ISNIN | 22 | 5.42 | 7.24 |
SELASA | 23 | 5.42 | 7.24 |
RABU | 24 | 5.42 | 7.23 |
KHAMIS | 25 | 5.42 | 7.23 |
JUMAAT | 26 | 5.42 | 7.22 |
SABTU | 27 | 5.42 | 7.22 |
AHAD | 28 | 5.42 | 7.22 |
ISNIN | 29 | 5.42 | 7.21 |
Langgan:
Catatan (Atom)