Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

17 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Satu lagi program yang diadakan pada hari ini ialah program Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah yang diadakan di Dewan Terbuka SKB 1 yang dimulai dengan perarakan murid dan guru.

IMG_0848

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azeman dan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Izuddin Che Mokhtar.

IMG_0859

Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid dari murid-murid tahun 1.

IMG_0868

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

Dewan Terbuka SKB 1

Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 telah diadakan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah.

Majlis diteruskan dengan pembacaan Teks Perutusan Bulan Bahasa Kebangsaan oleh YAB Tan sri Haji Muhyidin Yasin Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tn Hj Mohd Zubir Rashid, Penolong kanan Pentadbiran SKB 1.

IMG_0819

Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar Pn Hjh Ramzah bt Yusoff.

IMG_0824

Persembahan Deklamasi Sajak oleh adik Batrisyia Dayana bt Mohamad Afkar dan diikuti dengan ikrar guru.

IMG_0828

IMG_0833

BERSAMALAH KITA MARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA

16 Oktober 2011

Perkhemahan Unit Beruniform

Satu perkhemahan Agung Unit Beruniform 2011 telah diadakan bermula 13 Oktober hingga 15 Oktober yang lepas bertempat di SKB 1.

Tujuan dan matlamat perkhemahan adalah untuk memberikan pengalaman menyertai perkhemahan dan juga memupuk disiplin, semangat kerjasama dan perasaan kekitaan selain semangat untuk bersaing secara positif.

IMG_0698 IMG_0723

Untuk melihat gambar-gambar semasa perkhemahan boleh le ke Facebook SKB1 atau klik disini

15 Oktober 2011

Permohonan Online Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

Murid-murid yang berminat untuk menyambung pelajaran di tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh boleh memohon secara online di sini atau boleh terus ke http://apps.moe.gov.my/sbpt1/2011/

Tarikh tutup : 15 Oktober 2011