Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

31 Disember 2015

28 Mac 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BERANGAN 1 2015

SKB1 28 MAC - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah ini telah diadakan pada Hari Jumaat 27 Mac 2015 pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kabangsaan Berangan (1). Mesyuarat kali ke 39 ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBhg. Datuk Haji Zulkifli bin Abdullah, Pengerusi Yayasan Alkubra, Tumpat. Beliau telah menyampaikan amanat dan juga sumbangan peribadi kepada YBhg. YDP PIBG sekolah ini untuk tabung PIBG SK Berangan (1). Turut hadir Pegawai dari PPD Tumpat.











16 Mac 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2015

SKB1 16 MAC - Kem Bestari Solat siri 1 sekolah ini telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2015. Kem yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru j-Qaf dan guru-guru KAFA telah diadakan dengan jayanya. Seramai 189 orang murid dan 26 orang tenaga pengajar telah menjayakan program sehari selama 10 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Murid-murid yang terlibat adalah dari kumpulan Tahun 1 dan Tahun 2. Mereka telah mengikuti cara-cara bacaan, berwuduk dan cara bersolat yang betul sepanjang program ini.




PROGRAM SEWANGI KASIH IBU, SEMERBAK KASIH AYAH

SKB1 16 MAC - Majlis bersama ibubapa dan murid-murid linus telah diadakan pada hari Khamis 12 Mac 2015 bertempat di Dewan Seminar Hajjah Ramzah, SK Berangan (1). Program mengumpulkan ibubapa murid-murid linus adalah bagi mengupayakan kejituan program untuk meningkatkan pencapaian murid-murid linus dengan bantuan ibubapa membantu anak-anak membaca bagi merealisasikan anak-anak berjaya ke pembelajaran arus perdana. Juga diaktifkan Program Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis bermula jam 9.00 pagi disertai seramai 27 orang ibubapa yang terlibat. Majlis disempurnakan oleh YBrs En.Che Musthafa b Che Kasim, Guru Besar SK Berangan (1). Ceramah disampaikan oleh Pegawai Fasilinus PPD Tumpat, Puan Arzillawati bt Awang Long.







MOTIVASI IBUBAPA DAN CALON-CALON UPSR 2015

SKB1 16 MAC - Perjumpaan ibubapa dan Program Motivasi kepada ibubapa dan calon-calon UPSR tahun 2015 telah diadakan pada 11 Mac 2015 bertempat di Dewan Sri Bitara (untuk ibubapa) dan di Dewan Haji Ismail (untuk calon-calon). Program bermula seawal 8.30 pagi disempurnakan oleh YBrs Encik Che Musthafa b Che Kasim , Guru Besar SK Berangan (1). Ceramah Motivasi telah disampaikan  oleh YBhg Pn Hjh Ramzah bt Yusoff, mantan Guru Besar sekolah ini. Seramai 132 orang ibu/bapa telah hadir bersama-sama calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan UPSR tahun ini.






 
                                      





26 Februari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH TUNAS BITARA 2015

SKB1 26 FEB - Majlis Penyampaian Watikah Tunas Bitara - Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Darjah serta Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan pada hari ini 26 Feb 2015. Majlis telah disempurnakan oleh Insp.Mohd Mazwan bin Mohd Jamil dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Tumpat. Beliau telah diiringi oleh SM Sharipah bt Yunus (PPS) dan Kpl. Rosmawati bt Ibrahim (Pem.PPS).











17 Februari 2015

PEMERIKSAAN KHAS TAWARAN BARU GURU BESAR (BAIAH) 2014

SKB1 17 FEB - Pasukan Pemeriksa Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) KPM telah melaksanakan pemeriksaan bagi verifikasi SKPM untuk Tawaran Baru Guru Besar hari ini. Ini adalah kali keempat setelah berjaya mendapat Baiah untuk tahun 2010, 2012 dan 2013. Pasukan kali ini terdiri daripada :

                   1. Tuan Haji Zabiddin b Embong ( JNJK Terengganu )
                   2. Tuan Haji Zaabar b Mohd Zainal ( JNJK Kelantan )
                   3. Puan Sharifah bt Mohamad ( JNJK Terengganu )











10 Februari 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKB1 2015

SKB1 10 FEB - Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Berangan (1) bagi tahun 2015 telah dilangsungkan pada hari Khamis 5hb Februari 2015 yang lalu.Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. En Che Musthafa b Che Kasim, Guru Besar sekolah ini.







08 Februari 2015

MAJLIS PELANCARAN INOVASI SEKOLAH 2015 - JEJAK BERHEMAH

SKB1 8 FEB - Majlis Pelancaran dan Perasmian Inovasi Sekolah bertemakan JEJAK BERHEMAH telah dilaksanakan pada hari ini, Ahad 8hb Februari 2015 bertempat di Medan Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Berangan (1) bermula jam 7.40 pagi. Majlis anjuran bersama Badan Disiplin dan Pengawas serta Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah telah disempurnakan persamian oleh YBrs En.Che Musthafa b Che Kasim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Berangan (1).