Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

16 Mac 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN TUNAS BITARA 2014

SKB1 16 MAC - Hari ini Ahad 16 Mac 2014 merupakan satu lagi hari yang bersejarah bagi murid-murid di sekolah ini. Pada sebelah pagi bermula jam 08.00 pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Tunas Bitara 2014 bertempat di Dataran Perhimpunan SKB1. Dalam majlis ini telah disampaikan watikah pelantikan kepada 97 orang pengawas, 60 orang pengawas pusat sumber sekolah, dan 50 orang ketua & penolong ketua kelas. Pada majlis ini juga di umumkan Ketua Murid SKB1, iaitu Wan Muhd Arif Asyraf bin Wan Rasdan ;  Airani Aryani Anis bt Abdullah sebagai Pen.Ketua Murid I; Ahmad Ammar bin Zulkifli sebagai Pen.Ketua Murid II. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh SM. Pn.Sharipah bt Yunus mewakili Ketua Polis Daerah IPD Tumpat. Turut hadir sama ialah En.Mohd Ruzi bin Mat Zain , NYDP PIBG SKB1.










11 Mac 2014

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA KELAB GURU SKB(1)

SKB1 11 MAC - Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Berangan (1) telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan kilat dan menyatakan rasa simpati di atas kehilangan berbagai barang bernilai kepada 4 orang guru pelatih dari IPG Sultan Mizan,Besut yang sedang menjalani latihan praktikum di sekolah ini setelah rumah sewa mereka dimasuki seorang pencuri di awal subuh. Penyampaian ini disempurnakan oleh cikgu Zupli bin Daud, Pengerusi Kelab Guru dengan dihadiri YBrs.Encik Che Musthafa bin Che Kasim, Guru Besar dan semua penolong kanan. Penyampaian ini diadakan pada 6 Mac lalu di bilik Guru Besar.




PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2014

SKB1 11 MAC - Sekolah Kebangsaan Berangan (1) telah mengadakan majlis motivasi ibubapa calon-calon UPSR tahun 2014 pada hari Isnin 10 Mac 2014 bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Dewan Sri Bitara sekolah ini. Program Kecemerlangan ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Air Dingin, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Biro Kebajikan PIBG, SK Berangan (1). Pakar motivasi En. Shamshi bin Hj. Shamsuddin dari Intelligent Mission telah menjalankan sessi motivasi kepada 142 ibubapa serta calon-calon. Dalam majlis ini telah disampaikan sumbangan insentif kepada 2 orang murid yang telah mencapai 5A dalam semua mata pelajaran bagi Ujian Bulan Februari. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Safidah bt Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan. Beliau telah menyampaikan ucapan dan merasmikan penutup majlis itu.