Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

24 Disember 2010

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1, SEKOLAH BERASRAMA PENUH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pelajar yang memohon boleh menyemak kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tahun 2011 disini

Kebenaran khas memakai pakaian sukan rasmi sepanjang hari.

Kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan matapelajaran PJK memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari yang berkenaan sebagai mana surat siaran KPM bertarikh 26 Julai 2010.

  1. Guru - memakai t-shirt berkolar, seluar sukan 9(track-bottom) serta memakai kasut sukan dan stokin putih.
  2. Murid- memakai t-shirt berkolar/tidak berkolar, seluar sukan (track-bottom) serta memakai kasut sukan dan stokin putih.

23 Disember 2010

Jadual Pembayaran Gaji 2011


Klik untuk Download

Kalendar Persekolahan dan Hari Kelepasan Am

Klik untuk download

Mesyuarat AJK UPSR

Mesyuarat AJK UPSR Kali Pertama
22 Disember 2010
Bilik Mesyuarat SKB 1
Masa : 11:30 pagi


  • menetapkan target 5A untuk 2011
  • menetapkan target mengikut matapelajaran berdasarkan ETR lepas
  • mengenalpasti murid-murid target

29 November 2010

PENDAFTARAN TAHUN 1, 2011

Tarikh   : 30 Disember 2010
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Berangan (1)

Keperluan Yang Perlu Dibawa
  1. Salinan Surat Beranak
  2. Salinan Kad Klinik ( Bahagian Suntikan)
  3. Dua Keping Gambar
  4. Salinan Penyata Gaji
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga
29hb NOVEMBER 2010

MESYUARAT UNIT KO-KURIKULUM SKB 1
Jam: 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
BILIK GERAKAN

MESYUARAT UNIT PERANCANG SEKOLAH
Jam: 11.45 pagi hingga 2.00 petang
BILIK GERAKAN

11 November 2010

Keputusan UPSR 2010


Taniah kepada semua murid-murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR .

10 November 2010

Beri kuasa polis bebankan guru

Beri kuasa polis bebankan guru – NUTP
Saranan agar guru disiplin diberi kuasa polis tambahan tidak akan mampu membendung masalah disiplin pelajar di sekolah sebaliknya memberi bebanan baru kepada guru terlibat.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, tanggungjawab guru bukan sekadar menyelesaikan masalah disiplin pelajar.
Menurutnya, malah mereka perlu mendidik dan berperanan sebagai ibu bapa dengan menasihati serta membimbing pelajar agar menjadi manusia berguna.

Taniah

Cikgu nak ambil kesempatan nak ucapkan taniah kepada murid-murid 5 Anggerik diatas pencapaian yang cemerlang bagi subjek yang Cikgu ajar dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.

Jangan lupa untuk terus berusaha dari sekarang kerana setahun lagi akan mengahadapi UPSR. Masa setahun adalah singkat..Berusaha dari sekarang untuk kejayaan.

27 September 2010

Jasa Dikenang, Budi Disanjung

27 September 2010
Dataran Perhimpunan SKB 1

Majlis perpisahan PK KO Tn Hj Ahmad Mahmud yang bertukar ke SK Gong Garu, Pasir Puteh, Kelantan.

Ucapan Wakil Murid oleh Ketua Murid

Ucapan Wakil Guru Oleh Pengerusi Kelab Guru Cikgu Zupli Daud


Ucapan dari Guru Besar Pn Hjh Ramzah Yusuff

Majlis Hari Raya & Penyampaian Wang Ihsan

Tarikh : 25 September 2010
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Bitara, SK Berangan 1




02 September 2010

Majlis Penyerahan Duit Raya

2 September 2010
Tapak Perhimpunan

Satu pehimpunan khas diadakan bertujuan untuk majlis pemberian duit raya kepada murid-murid SK Berangan 1. Majlis yang juga bertujuan untuk bermaaf-maafan antara murid dan guru serta antara guru-guru SK Berangan 1.

Penyampaian Duit Raya

Murid-murid bermaafan dengan guru-guru


Murid-murid PRA menerima duit raya


Terima kasih Cikgu


Guru-guru bermaafan


Cikgu pun dapat duit raya


Selamat Hari Raya


Majlis Cakna UPSR kali ke-2

1 September 2010
Dewan Sri Bitara

Satu majilis pemuafakatan sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) iaitu program Cakna UPSR untuk kali ke-2 telah diadakan. Majlis yang bermula pada jam 8.15 pagi dimulakan dengan pendaftaran ibubapa murid tahun 6 dan penyerahan keputusan peperiksaan Percubaan UPSR.Majlis yang dihadiri oleh Tn Hj Zulkifli Hamzah, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat yang menyampaikan ceramah motivasi kepada ibubapa yang hadir.

26 Ogos 2010

Kakitangan awam dapat bantuan RM500

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.
‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

22 Ogos 2010

Murid 5A Percubaan UPSR

Murid-murid yang mendapat 5A dalam percubaan UPSR yang lepas
  1. Ahmad Syaqib b. Zalina
  2. Mohamad Aqil b Ariffain
  3. Muhammad Asnawi b. Yusoff
  4. Nik Mohd Fakhri b Nik Mohd Roshdi
  5. Syahrul Haizat b. Azizan
  6. Amalin Aisya bt Mohd Awi
  7. Hanis Suraya bt Hasni
  8. Noor Ain Najihah bt Che Rosely
  9. Nur Adlin Syamimi bt Rajis
  10. Nur Aini bt Mohd Zid
  11. Nur Azlin bt Zulkifli
  12. Nur Fadhilah Che Ahmad
  13. Nursyarah Auni Ahmad
  14. Nurul Aini Sufiah Mohd Din
  15. Nurul Anisah Dayana bt Azali
  16. Nurul Farhanim Kamaruddin
  17. Qurratu'ain Mohamad Azmin
  18. Ros Salmieza Ismail
  19. Shahira Hazwanie bt Shamsul Suhaimi
  20. Siti Aisyah bt Che Zahari
  21. Wan Nur Emelyn Aisyah Wan Rasdan
  22. Wan Nur Izzati bt Wan Sopi
  23. Wan Siti Kamaliah Wan Jaafar
Taniah diucapkan...

16 Ogos 2010

Bulan Kemerdekaan

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

17 Julai 2010

Program Cakna UPSR 2010

16 Julai 2010
Jumaat

Satu program PIBG dan sekolah iaitu program Cakna UPSR telah diadakan pada 16 Julai bertempat di Dewan Sri Bitara bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program yang turut dihadiri oleh Ybrs Tn Hj Ahmad Termizi b Hj Musa, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Kelantan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Majlis Konsultasi. Dimana ibubapa/penjaga bersama dengan guru-guru tahun enam berbincang tentang pencapaian anak-anak mereka.Manakala bahagian kedua pula ialah Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Termizi Hj Musa bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid-murid dan juga ibubapa demi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid.

02 Jun 2010

Kejohanan Sukan Tahunan

1 Jun 2010

Satu kejohanan sukan tahunan telah diadakan pada 1 Jun bertempat di padang Kg Siam. Sukan yang melibatkan semua murid ini adalah satu usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan juga sukan , selari dengan matlamat satu murid satu sukan. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Ismail Mohamed.






Pembacaan ikrar kejohanan









Johan Khemah Terbaik, Johan Perbarisan dan juga Johan Keseluruhan Sukan Tahunan SK Berangan1 bagi tahun 2010.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan Sekolah kebangsaan Berangan 1 dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan 2010.

Sukaneka 2010

31 Mei 2010

Satu acara sukaneka yang melibatkan semua murid SK Berangan (1) telah diadakan. Pertandingan antara rumah ini adalah merupakan sebahagian acara bersempena dengan Pesta Sukan SK Berangan (1) yang diadakan pada 1 Jun 2010.

Acara sukaneka diadakan di tapak perhimpunan sekolah dan melibatkan semua murid dari murid pra sehingga murid tahun 6.


30 Mei 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri-2

29 Mei 2010 (Sabtu)
Makmal Komputer SKB 1

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) siri ke-2

Slot 1
(Tn Hj Wan Ab Rahman Wan Ismail-PK 1)

  • penulisan buku rekod mengajar terlalu ringkas
  • kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif mestilah ditulis
  • tulis impak atau kesan pengajaran dan pembelajaran
  • pastikan dihantar pada setiap hari khamis
  • post-mortem selepas setiap ujian (panitia)
  • kenal pasti kelemahan murid dan juga kelemahan guru
  • pemeriksaan buku tulis (pastikan setiap hasil kerja murid diperiksa dan dibuat pembetulan)
Slot 2
(Pn Hjh Ramzah bt Yusoff - GB)
Tatatertib
Rasional peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)1993, P.U.(A) 395/1993 
  1. menghayati konsep pembangunan modal insan minda kelas pertama melalui perlaksanaan tatatertib yang berkesan
  2. memahami dan menghayati dan membudayakan tatakelakuan sebagai penjawat awam
  3. melaksanakan tugas dengan cekap dan, beramanah dan bertanggungjawab
  4. meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri
  5. menjaga imej perkhidmatan awam
  6. yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan dihukum


Slot 3
KPI 2010
  1. Bilangan latihan pedagogi dan p&p
  2. Bilangan bahan / modul p&p yang dihasilkan
  3. Bilangan kajian tindakan
  4. Bilangan latihan dan p&p bersama guru cemerlang
  5. Peratus pencerapan p&p guru (e-cakna)
  6. Peratus guru mencapai tahap baik / cemerlang dalam p&p
  7. Peratus guru yang dicerap mengintergrasi ICT dalam p&p
  8. Peratus pengurusan Ketua panitia di tahap cemerlang

  • guru-guru hendaklah masuk kekelas tepat pada masanya.
  • selepas murid memberi salam dan membaca doa, peruntukan 2 minit utk kebersiahan dan kecerian kelas
  • semak kehadiran murid (cakna murid)
  • set induksi yang mampu menarik minat murid
  • perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran 
  • penilaian perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

26 Mei 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah

24hb Mei 2010 (Isnin)

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Ismail Mohamad (Abe Ail) pada 24 hb Mei yang lalu.

Atur cara majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SKB 1 ke tapak perhimpunan diketuai oleh Guru Besar dan YDP PIBG.
Majlis kemudiannya di susuli dengan penyerahan sekutum mawar merah tanda kasih murid-murid terhadap guru SKB 1 oleh barisan pengawas sekolah.

Selepas bacaan doa oleh Ustaz Tn Hj Azeman Zakaria, majlis dimulakan dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Ibrahim dan Cikgu Zupli. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil murid dan deklamasi sajak oleh Cikgu Deraman.

Selepas ucapan dari Guru Besar dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, guru-guru menyampaikan lagu Guru Malaysia dan bacaain ikrar guru yang diketuai oleh Tn Hj Che Mokhtar

Sebahagian murid-murid SKB 1 yang khusyuk mendengar ucapan dan deklamasi sajak sempena hari guru.

persembahan guru-guru dan aktiviti sukan sempena hari guru.

05 Mac 2010

Kuiz Matematik peringkat SKB 1



Kuiz Matematik peringkat separuh akhir dan akhir sempena Bulan Matematik SKB 1 telah dilangsungkan pada 4 Mac bertempat di Dewan Sri Bitara SKB 1. Antara pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir ialah Cakna Matematik, Wawasan, Bestari dan Bitara. Pasukan Cakna Matematik yang dianggotai oleh M.Asnawi, Anisah Dayana dan Nor Alia telah berjaya mengalahkan pasukan Bestari yang dianggotai oleh Shahira, Amalin Aisya dan Zaim untuk muncul sebagai juara Kuiz Matematik sempena Bulan Matematik.



Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran yang di kendalikan oleh Unit HEM SKB 1 dengan kejasama anggota-anggota bomba dari Balai Bomba Tumpat yang diketuai oleh En Fauzi. Latihan yang dirahsiakan dari murid-murid, guru-guru dan kakitangan untuk memastikan perjalanan latihan yang telus dan untuk memastikan semua warga SKB 1 sentiasa berwaspada dan 'alert' dengan situasi semasa.

Penyerahan Watikah Pengawas SKB 1

Majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas dan pelancaran bulan disiplin peringkat Sekolah Kebangsaan Berangan 1 di sempurnakan oleh Tuan Inspektor Noleek a/p Prakjun dari Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Tumpat.




23 Februari 2010

Ujian Bulan Februari

Ujian Bulan Februari bermula pada Isnin (22/02/2010) hingga Khamis (25/02/2010). Selamat menduduki Ujian kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Berangan 1.

12 Februari 2010

SELAMAT BERCUTI


Selamat bercuti dan Salamat Tahun Baru Cina kepada semua warga SK Berangan 1 dan semua rakyat Malaysia. HAPPY CHINESE NEW YEAR

09 Februari 2010

Pelancaran Bulan Matematik


Ahad
31/01/2010

Panitia Matematik telah mengadakan Majlis perasmian Bulan Matematik yang akan diadakan di sepanjang bulan Februari ini. Antara program yang akan dilaksanakan ialah Program Sifir Ditangan, Kuiz, Buku Skrap dan banyak lagi.