Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

27 September 2012

MAJLIS PEMENTORAN SKB(1) DAN SKB(2)


SKB1 27 SEP  -  Satu Majlis Pementoran telah diadakan pada hari Rabu 26.09.2012 untuk semua guru SK Berangan (1) dan (2) bertempat di Dewan Seminar Hajjah Ramzah, SK Berangan (1). Majlis telah dipengerusikan oleh Ybrs.En.Che Musthafa b Che Kasim, Guru Besar SK Berangan (1). Ucapan-ucapan telah disampaikan oleh Ybrs.T.Hj.Kamaruddin b Ibrahim, Guru Besar SK Kubang Batang dan Ybrs.En.Rosli b Ibrahim dari IAB. Cenderahati telah disampaikan oleh Ybrs.En.Che Hasbullah b Ismail, Guru Besar SK Berangan (2).











13 September 2012

HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN UPSR 2012

Segala Puji bagi ALLAH & Bersyukur kepada ALLAH...

Pada hari ini Murid Tahun 6 SK. Berangan 1 akan menghadapi 2 kertas yang mencabar iaitu
SAINS & BI. 

Semoga SEMUA murid berjaya dengan cemerlang.

YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA KAMI SEMUA... AMIN

09 September 2012

MAJLIS IZIN ILMU 09 SEPTEMBER 2012 AHAD


Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Kita Muhammad SAW Serta Ahli Keluarga Baginda.

Maka dengan Izin Allah jua dapatlah pihak sekolah menyempurnakan satu Majlis yang sangat bermakna buat semua Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR 2012 pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ini.

Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya yang mana Semua Ketua Panitia memberikan keizinan akan Ilmu yang diturunkan kepada semua Murid tahun 6. Semoga dengan keizinan ini, murid akan dapat menempuh UPSR dengan mendapat keputusan yang Cemerlang. Insya ALLAH.