Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

19 November 2012

Keputusan UPSR 2012 diumumkan

SKB1 19 NOV - Keputusan UPSR tahun 2012 telah diumumkan oleh YBrs.En Che Musthafa b. Che Kasim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Berangan (1) tepat jam 11.40 pagi hari ini Isnin 19 November 2012. Seramai 41 orang murid daripada 152 orang calon sekolah ini telah mencapai 5A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Secara tidak rasmi sekolah ini menduduki tempat ketiga daripada 36 buah sekolah dalam PPD Tumpat.  Seramai 125 orang calon telah lulus semua mata pelajaran dengan pencapaian 82.24 peratus. Manakala GPSnya ialah 1.86. TAHNIAH. SELAMAT MAJU JAYA.

1. 011 Bahasa Melayu (Pemahaman)
           Calon 152 - A 103  % Lulus - 144 (94.74)  GPMP - 1.64
2. 012 Bahasa Melayu (Penulisan)        
           Calon 152 - A   82  % Lulus - 138 (90.74)  GPMP - 1.81
3. 014 Bahasa Inggeris                     
           Calon 152 - A   51  % Lulus - 140 (92.11)  GPMP - 2.15
4. 015 Matematik                             
           Calon 152 - A   67  % Lulus - 145 (95.40)  GPMP - 1.99
5. 018 Sains                                     
           Calon 152 - A   76  % Lulus - 147 (96.71)  GPMP - 1.69  









09 November 2012

Majlis AURA BITARA 2012

SKB1 09 NOV - Majlis AURA BITARA bagi tahun 2012 telah diadakan pada hari Selasa 06 Nov yang lepas. Majlis ini telah diadakan di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Tuan  Pegawai Pelajaran Daerah telah merasmikan majlis tersebut. Turut hadir di dalam majlis itu Ybhg.Tn.Hj.Bunyamin (YDP PIBG) serta timbalan & AJK PIBG; YBrs En.Mohamad Rafi b. Muhammad Nor (wakil Bank Rakyat Cawangan Wakaf Siku KB); dan ibubapa penerima anugerah. Kategori hadiah dan anugerah  seperti Pencapaian UPKK, Kehadiran 100%, Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum, Kecemerlangan Khas Kokurikulum dan Tokoh Murid.  Seramai 219 orang murid telah menerima hadiah masing-masing. Pada majlis itu diadakan juga penyerahan wang zakat daripada Bank Rakyat yang telah disampaikan oleh wakil bank tersebut. Seramai  228 murid miskin akan menerima bayaran sebanyak RM100 seorang yang akan diadakan nanti. Terima kasih daun keladi.







08 November 2012

MAJLIS KONVO PRA SEKOLAH 2012

SKB1 8 NOV - Majlis Konvo Pra Sekolah 2012 telah diadakan pada hari Selasa 6 Nov yang lalu. Seramai  50 orang murid dari 2 kelas pra-sekolah telah diraikan dalam majlis tersebut. Sijil-sijil tamat pengajian pra-sekolah telah disampaikan oleh YBrs.Tuan Guru Besar, En Che Musthafa b. Che Kasim dan PK Hal Ehwal Murid, Pn Siti Ruhana bt. Kadir. Pra-Sekolah SKB(1) diterajui oleh Pn.Hanisah Ghani dan Pn.Nor Hasimah Abdullah dengan dibantu oleh 2 orang PPM Pn.Norwahida Mohd Rawi   dan Pn. Norliza Derahman.



























01 November 2012

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2013

SKB1 1 NOV -  Satu perjumpaan pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun enam sessi 2013 telah di adakan pada hari Selasa 30.10.2012 bertempat di Dewan Bitara, Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Kehadiran ibubapa pada perjumpaan itu sangat menggalakkan. Antara intipati perjumpaan itu adalah penyampaian keputusan peperiksaan akhir tahun 2012, program masa cuti 2012, perkembangan pembelajaran murid-murid dan dialog bersama . Ucapan telah disampaikan oleh YBrs.Tuan Guru Besar, En Che Musthafa bin Che Kasim.