Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

29 April 2012

Lawatan Kelab Guru SKB1 ke Cameron Highlands

SKB1 29 April- Kelab Guru SKB1 telah mengadakan satu lawatan ke Cameron Highlands, Pahang dari 27 - 28 April 2012. Seramai 18 orang guru dan kakitangan serta keluarga masing-masing yang berjumlah 79 orang menyertai rombongan ini. Rombongan telah berlepas dari Tumpat jam 7.30 pagi dan tiba di Brinchang, Cameron Highlands jam 1.00 tengahari. Rombongan telah menginap di Desa Anthurium Apartment.

Bersarapan bersama famili pada 28.4.2012 
 di apartment CO, D-19.
 Presiden Kelab Guru SKB1, cikgu Zupli Daud melayan anak-anak beliau.


Guru Besar, Puan Hajjah Ramzah Yusoff bersarapan bersama anak-anak dan cucu-cucu beliau,


Berselera nampak. Menu pagi ini : 1. Nasi goreng Anthurium Chefs style 
2. Keropok goreng   3. Salad Wakaf Bharu   4. Jemput pisang 1M'sia  
5. Sandwich S'Corner   6.  Teh O panas
 



Tentu hot topik yang dibincangkan oleh Tn Hj.Hamid dan peserta rombongan.

Pemandangan Ladang Teh Bharrat di waktu petang.


02 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36

31 Mac 2012
Sabtu
Dewan Tn Hj Ismail, SKB 1

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kali ke 36, 2012 telah diadakan pada jam 8.30 pagi 21 Mac bertempat di Dewan Tn Hj Ismail, SKB 1.Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perjalanan PIBG sekolah dan juga perkembangan semasa sekolah.

Mesyuarat yang dipegerusikan oleh Tn Hj Ismail Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Abe Ail dikalangan warga SKB 1 yang juga merupakan YDP PIBG SKB1 sejak dari 1983. Abe Ail mengumumkan untuk bersara kerana sudah terlalu lama bersama dengan PIBG dan juga untuk membuka laluan kepada ibubapa yang lebih muda untuk mengetuai PIBG SKB1.
Abe Ail semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Kali ke 36

Mesyuarat dirasmikan oleh Tn Hj Zulkarnain Ismail, Pengurus Besar Kanan, Petronas Carigali yang juga merupakan murid tua sekolah ini.
Ketibaan Tn Hj Zulkarnain Ismail disambul oleh Pentadbir Sekolah dan juga AJK PIBG

Sebahagian Ibubapa yang hadir

Hjh Ramzah (Guru Besar), Tn Hj Zukarnaian Ismail (VIP) Tn Hj Ismail Mohamed (Mantan YDP PIBG), Wan Zamri Wan Ibrahim (Pegawai PPD), Tn Hj Bunyamin Mohamad (YDP PIBG sesi 2012/2013)

Persembahan selingan Adik Husni Hazeem

Barisan AJk PIBG bersama dengan Tetamu Jemputan Tn Hj Zulkarnaian Ismail

Mantan YDP dan isteri diiringi oleh AJK dan Ibubapa

Abe Ail dan isteri diarak pulang dengan Hilux