Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

30 Jun 2011

Pencapaian Tahun 6 Dalam UBB3

  JC 5A 4A 3A 2A 1A LULUS % GS NGP
TOV 156 2 1 7 13 20 62 39.74 15
2.74

UBB3
156 16 17 28 13 19 113 72.9 7 2.14

ETR
156 60 16 20 19 18 143 91.67 0 1.58

28 Jun 2011

Ujian Pertengahan Tahun 2011

Murid Mendapat 5A Dalam UBB 3

Bil Nama Murid Kelas
1 Aiman Syazwan Abdul Aziz 6 Anggerik
2 Ammar Zufayri Azeman 6 Anggerik
3 Danish Danial Azali 6 Anggerik
4 Muhamad Fadlie Rozaki 6 Anggerik
5 Muhammad Syakir Azih 6 Anggerik
6 Muhammad Junaid Hussin 6 Anggerik
7 Nik Muhammad Firdaus Pahami 6 Anggerik
8 Wan Muhamad Dihya’uddin 6 Anggerik
9 Airani Tasnim Aesyah Abdullah 6 Anggerik
10 Aishah bt Nazarudin 6 Anggerik
11 Nor Aina Hadifah Nor Asmadi 6 Anggerik
12 Nor Hazizah Mohammed 6 Anggerik
13 Nur Syahirah Sofea Aloha 6 Anggerik
14 Nurul Hidayah Ismail 6 Anggerik
15 Nurul Izzah Mat Nawi 6 Anggerik
16 Siti Sarah Che Azahari 6 Anggerik
Taniah kepada semua murid yang berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pertengahan Tahun 2011.

26 Jun 2011

Sambutan PK Pentabiran

26 Jun 2011
Ahad

Majlis Sambutan Penolong Kanan Pentadbiran baru Tn Hj Mohd Zubir Rashid dari SK Kg Delima. Rombongan dari SK Delima tiba ke SK Berangan 1kira-kira jam 1130 dan disambut dengan paluan kompang dari pasukan kompang SKB1.

Tn Hj Mohd Zubir Rashid (kanan) dalam Majlis Sambutan beliau
Sambutan Tn Hj Mohd Zubir, PK Pentabiran baru SK Berangan 1

21 Jun 2011

Pengurusan Stres 1

Assalamualaikum.....

Anak-anak yang papa sayangi.

Dewasa ini papa merasakan sedikit terganggu lantaran kisah-kisah yang dipaparkan di dada-dada akhbar amat menyayat hati. Tak sanggup papa untuk menatap gambar bayi-bayi comel yang ditinggalkan di merata-rata tempat. Kenapa mereka ini tergamak melakukan sedemikian.  Bukan itu aje, ada remaja yang  nekad untuk membunuh diri hanya kerana frust tak dapat apa yang dihajati. Satu lagi yang papa rasa agak keterlaluan, ada bapa yang sanggup mengacukan pistol di kepala seorang guru. Kenapalah sampai begitu sekali ye. Kalaupun ada salah faham, tak kan tak boleh dibawa berbincang langsung. Papa tak berdaya nak bantu mereka dan keluarga mereka ni. Namun jauh di sudut hati papa, papa merasakan perihal mereka yang sebegini perlu ditangani oleh semua pihak. Sebagai langkah permulaan, papa coretkan satu catatan yang pada hemat papa dapat membantu (biarpun sedikit) mereka di luar sana. Khususnya remaja dan siapa-siapa yang berkaitan. Insyaallah...



_________________________
TAJUK :
PENGURUSAN TEKANAN

"STRESS MANAGEMENT"
________________________

SENYUM ITU SEDEKAH

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri....
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum...


Senyum...kepada semua
senyumanmu... amatlah berharga
Senyum ... membahagiakan
Dengan senyuman ... terjalinlah ikatan


Takrif Stres

# Stres ialah keadaan di mana seseorang individu berada dalam keadaan tertekan.
# Keadaan ini wujud dalam kehidupan harian setiap manusia disebabkan oleh faktor individu itu  
   sendiri  dan juga faktor luaran.
# Stres boleh meningkat dari semasa ke semasa sehingga kadangkala mencapai tahap kritikal.

Tahap-tahap Stres

1. Tekanan Reaktif

Tekanan yang disebabkan oleh faktor luaran, individu biasanya hilang sebahagian kehendak atau minat untuk meneruskan perjuangan hidup.

Sifat-sifat

# Rendah diri
# Hilang tenaga
# Hilang fokus
# Mudah lupa

2. Tekanan Endogen

Tekanan yang disebabkan oleh faktor dalaman seperti keturunan atau faktor biokimia dalam tubuh badan.

Sifat-sifat

# Hilang citarasa
# Berfikir untuk bunuh diri
# Berasa diri tidak berguna dan masa depan kelihatan gelap.

3. Tekanan Psikosis

Tekanan yang amat parah yang mengakibatkan gangguan mental. Lazimnya, ditemui di hospital sakit jiwa.

Sifat-sifat

# Tiada rasa tanggungjawab
# Tidak lagi menghiraukan makan dan minum.
# Bunuh diri atau membunuh orang lain.

FAKTA TENTANG STRES

# Stres tidak sama antara seseorang dengan seseorang yang lain.
# Stres tidak semestinya tidak baik.
# Cara menangani stres tidak sama untuk semua orang.
# Tidak ada simptom tidak bermakbna tiada stres.
# Stres berada di mana-mana tetapi kita melakukan sesuatu terhadapnya.

Ciri-ciri Stres

1. Hilang tenaga

# Badan terasa penat, pergerakan menjadi perlahan dan mengambil masa untuk menyiapkan sesuatu
    tugas  harian yang lazim.
# Sering sakit belakang dan akit sendi.

2. Lambat berfikir

# Sukar untuk mengeluarkan pendapat.
# Susah memberi tumpuan dan memahami sesuatu.
# Kurang peka terhadap apa-apa yang berlaku di persekitaran.

3. Menjadi pasif

# Mengelak diri daripada menyertai apa-apa aktiviti.
# Lebih suka melihat sahaja daripada melibatkan diri.
# Gemar bersendirian dan tidak suka menonjolkan diri.

4. Pendiam

#Tidak banyak bercakap dengan orang ramai
# Selalu mengasingkan diri.
# Tidak menghiraukan lawak jenaka teman-teman.
# Sentiasa muram dan tidak ceria.

5. Anggap diri seorang yang teruk

# Menganggap diri sebagai mangsa.
# Berasa diri tidak berguna dan tidak mampu melakukan sesuatu kerja.
# Merasakan kehidupan tidak berlaku adil terhadap dirinya.

6. Deria dan Persepsi pudar

# Sering berasa keseorangan.
# Tiada apa yang boleh merangsangkan kesronokan.
# Kehidupan menjadi tawar dan seperti tidak bernyawa lagi.






... to be continued

20 Jun 2011

PAFA KOD 3 (RUKUN IMAN)

Rukun Iman Enam Perkara


Soalan : Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

1)     Beriman kepada Allah.
2)     Beriman kepada Malaikat.
3.)    Beriman  kepada Kitab.
4)     Beriman kepada Rasul.
5)     Beriman kepada Hari Akhirat.
6)     Beriman kepada Qada dan Qadar.

Soalan : Bagaimana anda beriman kepada Allah s.w.t.

Mengaku bahawa Allah s.w.t. ada,  dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

PAFA KOD 2 (RUKUN ISLAM)

Rukun Islam Lima Perkara

Soalan : Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
1)     Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
2)     Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
3)     Mengeluarkan Zakat.
4)     Berpuasa di bulan Ramadhan.
5)     Mengerjakan haji bagi mereka yang berkuasa.

19 Jun 2011

Syarat Wajib Puasa

Apa khabar anak2....

Papa harap sangat anak2 sentiasa sihat, cergas dan cerdas. Dalam minggu-minggu penting seperti minggu ini, anak2 mesti ambil berat soal kesihatan. Nanti, kesihatan terjejas anak2 tidak dapat tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang bakal berlangsung esok.

Baiklah anak2. Kali ini Papa ingin berkongsi pula  SYARAT WAJIB PUASA

Sebagaimana anak2 tahu, selepas kita mengtahui perkara-perkara asas tentang puasa, kita juga hendaklah mentahui perkara-perkara yang menjadi syarat wajib ketika berpuasa. Maksudnya, sekiranya syarat-syarat yang akan Papa nyatakan ini terdapat pada anak2 maka wajiblah anak2 berpuasa. Seandainya anak2 meninggalkan suruhan ini, maka berdosalah. Anak2 tahukan apa hukumnya orang yang meninggalkan perkara wajib atau perkara yang disuruh oleh Allah. Tentunya juga anak2 mengtahui balasannya kan. Namun begitu anak2, janganlah pula anak2 mengambil kesempatan tak nak puasa kerana tak cukup syarat kononnya. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun pun dah mula puasa. Malulah kalau anak2 yang belajar di SKB1 tak nak puasa....

Oklah anak2. Syarat wajib puasa yang pertama : Islam.

Syarat ini menjadi syarat utama kepada kita. Ye lah, kan puasa bulan Ramadhan tu rukun Islam. Ingat tak rukun Islam ada berapa? Kalau bukan orang Islam, senang pula citernye... harap syarat yang ni tak jadi masalah untuk anak2 fikirkan.

Kedua : Berakal

Har...har...har....Faham ke maksud berakal tu. Berakal tu lain maksud dengan berotak ye. sebab semua orang ada otak. Kambing pun ada otak anak2. Tapi kambing tu tak berakal. Walaubagaimanapun yang papa citer ni semuanya berkait dengan manusia bukannya binatang. Maknanya orang tu mestilah sihat akal, cergas akal, cerdas akal. Dengan lain perkataan tak G.I.L.A. le tu. Orang gila mana boleh puasa kan. Dah gila, tentulah dia tak tahu apa yang dia buat. Entah-entah dia dok makan roti cicah air kopi. Puasa apa kalau dah macam tu. Justeru itulah, berakal tu menjadi syarat kepada wajisb puasa.

Ketiga : Baligh.

Anak2 tahu ke maksud baligh? Ye.. Baligh tu ertinya cukup umur. Antara seorang individu dengan individu yang lain, had umurnya tidak sama. Sebab bagi perempuan, umur baligh ditentukan berdasarkan datang haid kali pertama. Umur datang haid pula antara 9 tahun hingga 15 tahun. Ada perempuan pertama kali datang haid masa umur 9 tahun. Ada perempuan umur 14 tahun pun belum lagi datang haid untuk kali pertama. Jadi had umur baligh dengan sendiri tak sama. Bagi lelaki pula, papa rasa arround 12 tahun tu dah baligh le tu. Sepatutnya apabila anak2 bermimpi bersetubuh ke atau whatever sehingga keluar air mani. Had umurnya tak disebut secara terperinci. Tapi kalau Tahun Enam tu boleh dikira baligh le tu. Tak salah pun kalau kita buat benda yang baik walaupun syarat wajibnya tak jelas lagi.

Keempat : Mampu

Kemampuan seseorang ni pun tak sama anak2. Ada orang yang tenaganya memang kuat, ada orang agak manja sikit. Kita kan berbeza antara seoarang dengan seorang yang lain. Macam ni, mampu ni maksudnya, kita boleh bertahan dengan tidak makan dan tidak minim sepanjang hari tu. Sekiranya, dengan tidak makan dan tidak minum sepanjang hari tu kita boleh mendapat penyakit, maka kita bolehlah berbuka. Dengan lain perkataan, kalaulah berpuasa itu memudaratkan kita, berbukalah. Cuba anak2 fikirkan, seorang tua yang memang tua, dahlah tua sakit pula  tentunya beliau memerlukan makan dan minuman untuk tenaga kan. Atau seorang yang sakit tenat, atau penyakitnya kalau tak makan atau minum boleh bawa maut, tentunya terpakaksa berbuka kan. Islam ni anak2 takdelah zalim. Jauh sama sekali untuk menzalimi sape-sape.
Maknanya anak2, janganlah hanya kerana kaki terpijak duri, anak2 pun tak nak puasa, alasannya sakit. Har..har..har...kalau itu alasannya buat malu papa je. Selagi boleh tahan, kita kena bertahan Inilah keseronokan berpuasa. Bertarung dengan nafsu makan. Memang best. Nak tahu best ke tidak cuba tengok time berbuka. Har..har..har.. sendiri mau ingat le yeee.

Satu hal yang anak2 kena faham, setelah kita diharuskan berbuka atas sebab-sebab tertentu, jangan lupa kita kena Qada balik puasa tu. Maksudnya kena ganti le....

Jumpa lagi...

papanaien

 

18 Jun 2011

Persedian Peperiksaan

Minggu hadapan murid-murid akan berdepan dengan peperiksaan pertengahan tahun. (UBB3). Diharapkan semua murid sudah bersedia. Antara tips yang boleh diamalkan oleh murid-murid semua.
Malam Sebelum Peperiksaan.
  • pastikan semua keperluan peperiksaan seperti alat tulis (pensil, pemadam, pembaris dsbnya) diletakkan ditempat yang mudah dilihat supaya tidak tertinggal ataupun masukkan kedalam beg yang nak dibawa kesekolah keesokannya.
  • pastikan tidur mencukupi (kalau boleh tidur lebih awal) supaya badan dan minda cukup rehat dan segar semasa menduduki peperiksaan.
  • berdoa supaya diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.
Hari Peperiksaan
  • pastikan mengambil sarapan untuk memberikan kita tenaga.
  • datang awal kesekolah.
  • masuk ke dalam dewan peperiksaan bila diarahkan, jaga disiplin dan pastikan tempat duduk selesa sebelum peperiksaan dimulakan.
  • berdoa supaya dapat menjawab soalan dengan tenang.
  • jangan berbincang jawapan soalan2 subjek yang telah diduduki. Supaya tidak merungsingkan fikiran bila menduduki peperiksaan seterusnya.
 Selepas Peperiksaan
  • sentiasa berdoa supaya mendapatkan keputusan yang diingini.
Kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan minggu hadapan, Good Luck. Semoga Berjaya.
pesan_cikgu

16 Jun 2011

Puasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum......Anak-anak yang papa sayangi.

Apa khabar anak-anak hari ini. Tentunya sihat walafiat. Ye lah, kan kita baru bercuti hampir 2 minggu lamanya. Best kan. Tentu ada yang pergi holiday bersama family, atau pergi ke rumah sanak saudara. Ada juga yang tak boleh kemana2, sebab ada xtra class. Har ... har...har....mesti muka masam je. Tak pelah anak2, tu kan untuk masa depan kau orang juga.

Papa lagi best.  Usahkan bercuti, nak rehat kat rumah pun tak sempat. Cuti persekolahan minggu pertama, anak sulung papa (Arissa) mengikuti kelas Mokhdar di Kota Bharu. So papa terpaksa le menghantar pada jam 7.00 am dan mengambilnya semula jam 5.00 ptg. Begitulah setiap hari. Anak2 pun tahu kan, bagaimana highway ke Kota Bharu musim cuti sekolah ni. Ya Allah....sesak yang amat. Tp tak kisah lah. Papa tak mengeluh pun. Cuma penat jeeeeee.

Minggu  kedua, anak papa (Alani) ada xtra class kat sekolah  (SKB1). Pagi pergi hantar, jam 1.30 ptg pergi ambil. Macam tu lah setiap hari. Pendek kata sepanjang dua minggu cuti, papa sentiasa dekat degan sekolah. Sekolah dan jiwa papa memang tak boleh berpisah.

Ok lah. Ank2 yg papa sayangi.....

Papa ingin titipkan beberapa fakta dan perkara yangg berkaitan dengan puasa. Ini merupakan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 6. Mana tahu, anak2 papa boleh buat panduan untuk exam atau sebagai persediaaan menghadapi Ramadhan (dalam hati memang papa nak kau orang baca ni).

Pengertian puasa: Puasa tu ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Jangan lupa, mesti disertai dgn niat pada malamnya.

Haaaa...ingat tu anak2, jangan pula buat2 tak ingt niat pula. cari alasan le tu. Papa dulu masa sebaya dengan anak2, time puasa mcm ni mesti asyik nak meludah je. Kononnya takut batal puasa. Padahal time mandi kat sungai, papa teguk air masa menyelam. Teruk kan. Tapi itulah pengalaman. Anak2 jangan buat macam papa zaman dulu2 tu ye. Papa dulu agak Jahiliyyah sikit. Tak seperti anak2 sekarang ni. Ilmu agama tersebar kat mana2. nak dengan tak nak je. Macam Papa, tinggal kat kampung, apa sangat le pendedahan yg ada. Jadi kita org main redahhhhh je .  Tak kira mana yang boleh mana yang tidak. Satu lagi pengalaman yang Papa ingat sampai hari ni. Bila datang je bulan Ramadhan, sibuk kawan2 Papa minta mak ayah dia belikan jam tangan. Semuanya nak pakai jam tangan. Masa tu kan style jam besar. Sekejap2 tengok jam, sekejap2 tengok jam. Papa masa tu tergolong dlm kelompok rakyat yang miskin, so tengok jelah kawan2 pakai jam. Kelakarkan.