Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

27 Ogos 2013

MAJLIS PERPISAHAN UNTUK USTAZ NOR FARAIN B OMAR

SKB1 27 OGOS - Ustaz Nor Farain b Omar telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Morak Palekbang mulai 1 Ogos 2013. Satu majlis diadakan bagi memberi peluan kepada ustaz berucap kepada semua murid SKB1, juga kepada semua guru dalam dua majlis berbeza. Turut sama berucap ialah Ybrs Tuan Guru Besar dan En. Mohd Ruzi NYDP PIBG SKB1. Ybrs Tuan Guru Besar bersama-sama beberapa orang guru telah menghantar ustaz ke sekolah yang baru.






KEPUTUSAN UJIAN PERCUBAAN UPSR 2013

SKB1 27 OGOS - Keputusan telah diumumkan pada hari Ahad 25 Ogos lalu. Seterusnya pemberian insentif telah disampaikan kepada 28 orang murid yang telah mencapai tahap 5A kali ini. Insentif kali ini disampaikan oleh pemberi sumbangan iaitu cikgu Khairu Azahar b Mohammad. Turut hadir Ybrs Guru Besar, En.Mohd Ruzi NYDP PIBG, En.Wan Rashdan (Pengerusi Biro Kebajikan PIBG).





25 Ogos 2013

SARANA IBUBAPA (PIBG) - KEM PEMANTAPAN UPSR 2013

SKB1 25 OGO - Satu perjumpaan yang dianjurkan oleh PIBG SK Berangan 1 telah diadakan pada hari Sabtu 24 Ogos 2013. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan oleh Biro Pendidikan dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Maklumat, PIBG sekolah ini pada hari Ahad 1 September akan datang. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh En. Ahamad Ruzi b Mat Zain NYDP PIBG merangkap pengerusi Biro Pendidikan, dan disertai oleh En. Wan Rashdan b Wan Ismail (Pengerusi Biro Kebajikan dan Maklumat), Guru Besar, Penolong Kanan, ajk PIBG dan ibubapa seramai 30 orang.





23 Ogos 2013

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN SAMBUTAN HARI RAYA SKB1 2013

SKB1 23 OGO - Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang telah diadakan pada hari Khamis 22 Ogos 2013 bertempat di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Berangan 1. Pelancarannya telah dilakukan oleh yang berusaha En.Che Musthafa b Che Kasim Guru Besar sekolah ini dengan disaksikan oleh 850 orang pelajar dan 55orang guru. Turut hadir sama guru-guru KAFA dan guru-guru pelatih dari IPG Kota Baru. Seterusnya majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan sambutan hari raya di mana murid-murid bergembira dengan persembahan dewan dan berbagai jenis kuih muih dan hidangan raya. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.