Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

11 November 2014

MAJLIS PERPISAHAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SKB1 11 NOV - Majlis tersebut telah diadakan pada hari Khamis 6 November 2014. Majlis ini diadakan bagi meraikan perpisahan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Siti Masita bt Ali yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Padang Mandul.
                            Selepas majlis di sekolah ini selesai, tepat jam 12.00 tgh satu rombongan seramai 18 orang guru, diketuai oleh YBrs.Encik Che Musthafa bin Che Kasim, Guru Besar telah menyertai bagi "menghantar" Puan Siti Masita ke sekolah yang baru.





MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & PENYAMPAIAN HADIAH 2014

SKB1 11 NOV - Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Hadiah 2014 telah diadakan dengan jayanya pada hari  Isnin 10 November 2014 bertempat di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi dihadiri oleh semua ibubapa murid-murid yang terlibat. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Che Hussin bin Che Soh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah selaku Pemangku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Pada majlis tersebut kesemua murid dari tahun 1 hingga tahun 5 yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Ujian Akhir Tahun dan pra-sekolah diraikan. Tokoh-tokoh murid yang mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan juga diraikan. Tokoh Murid bagi Tahun 2014 disandang oleh adik Wan Muhd Arif Asyraf bin Wan Rasdan dari Tahun 6 Anggerik. Naib Yang DiPertua PIBG, Encik Wan Rasdan bin Wan Ismail turut hadir dalam majlis tersebut.Pasukan Koir SK Berangan 1 telah menyampaikan lagu AURA BITARA pada penghujung majlis.





16 Mac 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN TUNAS BITARA 2014

SKB1 16 MAC - Hari ini Ahad 16 Mac 2014 merupakan satu lagi hari yang bersejarah bagi murid-murid di sekolah ini. Pada sebelah pagi bermula jam 08.00 pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Tunas Bitara 2014 bertempat di Dataran Perhimpunan SKB1. Dalam majlis ini telah disampaikan watikah pelantikan kepada 97 orang pengawas, 60 orang pengawas pusat sumber sekolah, dan 50 orang ketua & penolong ketua kelas. Pada majlis ini juga di umumkan Ketua Murid SKB1, iaitu Wan Muhd Arif Asyraf bin Wan Rasdan ;  Airani Aryani Anis bt Abdullah sebagai Pen.Ketua Murid I; Ahmad Ammar bin Zulkifli sebagai Pen.Ketua Murid II. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh SM. Pn.Sharipah bt Yunus mewakili Ketua Polis Daerah IPD Tumpat. Turut hadir sama ialah En.Mohd Ruzi bin Mat Zain , NYDP PIBG SKB1.










11 Mac 2014

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA KELAB GURU SKB(1)

SKB1 11 MAC - Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Berangan (1) telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan kilat dan menyatakan rasa simpati di atas kehilangan berbagai barang bernilai kepada 4 orang guru pelatih dari IPG Sultan Mizan,Besut yang sedang menjalani latihan praktikum di sekolah ini setelah rumah sewa mereka dimasuki seorang pencuri di awal subuh. Penyampaian ini disempurnakan oleh cikgu Zupli bin Daud, Pengerusi Kelab Guru dengan dihadiri YBrs.Encik Che Musthafa bin Che Kasim, Guru Besar dan semua penolong kanan. Penyampaian ini diadakan pada 6 Mac lalu di bilik Guru Besar.




PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2014

SKB1 11 MAC - Sekolah Kebangsaan Berangan (1) telah mengadakan majlis motivasi ibubapa calon-calon UPSR tahun 2014 pada hari Isnin 10 Mac 2014 bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Dewan Sri Bitara sekolah ini. Program Kecemerlangan ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Air Dingin, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Biro Kebajikan PIBG, SK Berangan (1). Pakar motivasi En. Shamshi bin Hj. Shamsuddin dari Intelligent Mission telah menjalankan sessi motivasi kepada 142 ibubapa serta calon-calon. Dalam majlis ini telah disampaikan sumbangan insentif kepada 2 orang murid yang telah mencapai 5A dalam semua mata pelajaran bagi Ujian Bulan Februari. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Safidah bt Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan. Beliau telah menyampaikan ucapan dan merasmikan penutup majlis itu.






25 Februari 2014

PEMERIKSAAN KHAS TAWARAN BARU (NEW DEAL) GURU BESAR 2013

SKB1 25 FEB - Satu pemeriksaan ( verifikasi ) khas tawaran baru (NEW DEAL) Guru Besar telah dijalankan pada hari Khamis 20 Februari 2014. Seramai 3 orang pemeriksa dari Jemaah Nazir Persekutuan Jaminan Kualiti telah hadir ke sekolah ini. Dua orang dari Putrajaya dan seorang dari Kota Bharu. Pemeriksaan dokumen tahun 2013, PdP Guru Besar dan 2 orang guru yang dipilih, temubual dengan warga sekolah, dan juga penilaian sekitar kawasan sekolah telah dijalankan.

SELAMAT DATANG
YBRS. EN.MOHAMMAD SHUKOR B. MOHAMAD SALLEH
SISC+ PPD TUMPAT
YBRS. EN.CHE MUSTHAFA B. CHE KASIM
GURU BESAR SK BERANGAN (1)
                                               
SEJARAH PERKHIDMATAN

YBRS. EN AHMAD FAHMI B. NUR AFANDI
YBRS. EN AIRI B. ABU BAKAR
JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI PUTRAJAYA
DR. ROHAIZA BT ISA
JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI KOTA BHARU


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

SKB1 25 FEB - Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2014 telah diadakan pada hari Jumaat 07hb Februari 2014. Majlis bermula pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Haji Ismail, SK Berangan (1). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Rosdi bin Ab Aziz, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Penerima-penerima menerima RM 100.00 bagi setiap orang anak yang sedang belajar di sekolah ini.



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 H 2014

SKB1 25 FEB - Sambutan Maulidur Rasul 1435H peeringkat Sekolah Kebangsaan Berangan (1) telah diadakan pada hari Rabu 05.02.2014. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan dan berselawat mengelilingi Kampung Berangan. Majlis diserikan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Pauzi b. Jusoh dari SK.Sri Tumpat (1). Satu pertandingan lagu-lagu nasyid juga diadakan.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Guru Besar. Jamuan nasi kepada semua murid diadakan pada penghujung majlis.