Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

30 Mei 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri-2

29 Mei 2010 (Sabtu)
Makmal Komputer SKB 1

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) siri ke-2

Slot 1
(Tn Hj Wan Ab Rahman Wan Ismail-PK 1)

  • penulisan buku rekod mengajar terlalu ringkas
  • kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif mestilah ditulis
  • tulis impak atau kesan pengajaran dan pembelajaran
  • pastikan dihantar pada setiap hari khamis
  • post-mortem selepas setiap ujian (panitia)
  • kenal pasti kelemahan murid dan juga kelemahan guru
  • pemeriksaan buku tulis (pastikan setiap hasil kerja murid diperiksa dan dibuat pembetulan)
Slot 2
(Pn Hjh Ramzah bt Yusoff - GB)
Tatatertib
Rasional peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)1993, P.U.(A) 395/1993 
  1. menghayati konsep pembangunan modal insan minda kelas pertama melalui perlaksanaan tatatertib yang berkesan
  2. memahami dan menghayati dan membudayakan tatakelakuan sebagai penjawat awam
  3. melaksanakan tugas dengan cekap dan, beramanah dan bertanggungjawab
  4. meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri
  5. menjaga imej perkhidmatan awam
  6. yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan dihukum


Slot 3
KPI 2010
  1. Bilangan latihan pedagogi dan p&p
  2. Bilangan bahan / modul p&p yang dihasilkan
  3. Bilangan kajian tindakan
  4. Bilangan latihan dan p&p bersama guru cemerlang
  5. Peratus pencerapan p&p guru (e-cakna)
  6. Peratus guru mencapai tahap baik / cemerlang dalam p&p
  7. Peratus guru yang dicerap mengintergrasi ICT dalam p&p
  8. Peratus pengurusan Ketua panitia di tahap cemerlang

  • guru-guru hendaklah masuk kekelas tepat pada masanya.
  • selepas murid memberi salam dan membaca doa, peruntukan 2 minit utk kebersiahan dan kecerian kelas
  • semak kehadiran murid (cakna murid)
  • set induksi yang mampu menarik minat murid
  • perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran 
  • penilaian perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

26 Mei 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah

24hb Mei 2010 (Isnin)

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Ismail Mohamad (Abe Ail) pada 24 hb Mei yang lalu.

Atur cara majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SKB 1 ke tapak perhimpunan diketuai oleh Guru Besar dan YDP PIBG.
Majlis kemudiannya di susuli dengan penyerahan sekutum mawar merah tanda kasih murid-murid terhadap guru SKB 1 oleh barisan pengawas sekolah.

Selepas bacaan doa oleh Ustaz Tn Hj Azeman Zakaria, majlis dimulakan dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Ibrahim dan Cikgu Zupli. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil murid dan deklamasi sajak oleh Cikgu Deraman.

Selepas ucapan dari Guru Besar dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, guru-guru menyampaikan lagu Guru Malaysia dan bacaain ikrar guru yang diketuai oleh Tn Hj Che Mokhtar

Sebahagian murid-murid SKB 1 yang khusyuk mendengar ucapan dan deklamasi sajak sempena hari guru.

persembahan guru-guru dan aktiviti sukan sempena hari guru.