Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

18 November 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011

Alhamdulillah keputusan UPSR 2011 bagi SKB1 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan yang ketara terutamanya dari segi peratus dan juga Gred Purata (GP) Sekolah. Bagi bilangan calon memperolehi 5A ialah seramai 45 orang iaitu peningkatan sebanyak 11 orang. Peratus pula ialah sebanyak 90.0% berbanding tahun lepas 77. 3% dan Gred Purata (GP) ialah 1.67.
IMG_1220
IMG_1194
 Ibubapa dan Calon Tidak Sabar Menunggu Keputusan diumumkan
IMG_1204
Penyampaian slip keputusan oleh wakil PIBG, Dr Hadzri
Untuk gambar sekitar penyampaian Slip Keputusan UPSR bolehlah ke Facebook SKB1

17 November 2011

AURA BITARA 2011

15hb Nov 2011
Majlis Aura Bitara (Majlis penyampaian hadiah kecemerlangan 2011) bagi meraikan kecemerlangan murid-murid SKB 1 dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat, Hjh Nik Noriza Nik Salleh.
IMG_1005
IMG_1030
 IMG_1011
Selain dari penerima hadiah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, Danish Danial Azali dan Nurul Hidayah Ismail terpilih sebagai Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan bagi tahun 2011.
IMG_1175
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang Majlis Aura Bitara, sila ke Facebook SKB 1.

13 November 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011

Keputusan Upsr 2011
Dalam masa empat hari lagi, satu majlis pengumuman analisa UPSR akan diadakan di Putrajaya pada jam 9.00 pagi dan calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi.

12 November 2011

Jamuan Kelab Guru

Tarikh : 9 Nov 2011 (Rabu)

Kelab Guru dan Kakitangan SKB (1) telah menganjurkan satu jamuan makan tengahari untuk guru-guru dan kakitangan. Majlis yang berlangsung di Hotel New Pacific bermula pada jam 2.30 petang.

IMG_0969

Selain dari jamuan tengahari 21 hadiah cabutan bertuah juga telah disediakan dan diberikan kepada ahli-ahli Kelab Guru dan Kakitangan yang hadir.

IMG_0965

Hamper juga disediakan sebagai penghargaan kepada guru dan kakitangan di atas pelbagai sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah.

IMG_0975IMG_0985

IMG_0994IMG_0993

IMG_0997IMG_0964