Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

30 Disember 2009

Pendaftaran Tahun 2-6 dan Bayaran Pelbagai

Bermula pada jam 0900 hingga jam 1200 pendaftaran murid-murid tahun 2 hingga 6 dan pembayaran pelbagai bagi sessi persekolahan 2010 sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat PIBG.


Murid dan Ibu di Kaunter kelas masing-masing

Sebahagian dari Ibubapa yang hadir.

29 Disember 2009

Mesyuarat Guru Sessi 2010

Mesyuarat guru untuk sessi 2010 kali pertama diadakan pada hari ini bermula pada jam 0900 di bilik gerakan SKB 1. Antara perkara yang disampaikan oleh Guru Besar ialah :

Sasaran kerja

Bidang Pentadbiran, Bidang Kurikulum, Bidang HEM, Bidang Kokurikulum
  1. meningkatkan pengurusan kakitangan dan sumber tenaga supaya dapat memberikan perkhidmatan cemerlang melalui team work.
  2. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang kondusif, meningkatkan aspek keceriaan fizikal.
  3. Efisyen dalam memberi maklum balas kepada superior dan pelanggan.
  4. 100% murid celik huruf BM & BI, celik angka dan Sains
  5. Meningkatkan dan melastarikan Kecemerlangan UPSR di peringkat negeri.
  6. Mengaplikasikan ICT dalam P&P secara berkesan dan terancang.
  7. Meningkatkan disiplin murid melalui pemantapan pelaksanaan program HEM
  8. Membudayakan Amalan 5S.
  9. Meningkatkan pengurusan bidang HEM supaya dapat menyokong pembinaan sahsiah terpuji dalam kalangan murid
  10. 100% perancangan kokurikulum dangan penglibatan 98% penyertaan murid dalam semua aktiviti
  11. Mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada tahun lepas
  12. Mengunapakai tenaga profesional untuk meningkat pencapaian peserta.
NKRA ----> MKRA ( Ministry Key Result Area)
  • Mewujudkan 100 buah sekolah cemerlang menjelang 2012
  • pendidikan pra sekolah, 87% dalam masa 3 tahun
  • kemahiran membaca dan mengira (2012 semua murid tahun 4 boleh membaca dan mengira)
  • Bai'ah (New Deal) imbuhan baru untuk pengetua / guru besar

20 Disember 2009

Jualan Uniform Sekolah

Hari ini satu karnival jualan pakaian seragam sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa dan guru Sekolah Kebangsaan Berangan 1 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna SKB 1, bermula dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari.Baca seterusnya..

15 Disember 2009

Pembinaan Konsep

Terdapat empat peringkat pengajaran untuk memimpin pelajar membina konsep yang betul.( Cangelosi, 1996). Sebelum merancang pengajaran guru perlu menentukan jenis dan saiz kumpulan bagi setiap peringkat yang hendak dilaksanakan. Guru juga mesti peka terhadap kebolehan dan minat pelajar, bahan-bahan yang hendak digunakan dan juga tahap kesukaran yang hendak dilaksanakan.
Empat peringkat tersebut ialah yang pertamanya ialah menyusun dan mengkategorikan. Pada peringkat ini guru perlu menyediakan tugasan yang memerlukan pelajar untuk menyusun dan mengkategorikan kepada sesuatu yang spesifik. Guru boleh memberi panduan tapi mestilah membiarkan pelajar sendiri yang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Pada peringkat yang kedua ialah peringkat membuat refleksi dan penerangan. Pada peringkat ini pelajar diminta untuk menerangkan rasionalnya mereka mengategorikan contoh-contoh tersebut. Guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetus pemikiran dan juga dapat menerangkan lagi penerangan mereka.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat dimana pelajar-pelajar membuat generalisasi dimana pelajar akan menerangkan atau menjelaskan konsep berdasarkan kepada analisa dan keterangan mengapa set contoh berbeza dengan set bukan contoh. Diperingkat ini mereka mungkin akan dapat membuat definasi konsep tersebut. Namun begitu tidak penting/perlu bagi pelajar untuk menamakan konsep tersebut dengan tepat.
Peringkat yang terakhir dalam memimpin pelajar membina konsep ialah pengesahan. Penerangan maksud diuji dengan tambahan set contoh yang sudah dikenalpasti contoh atau bukan contoh.

25 November 2009

Mesyuarat Perancang

Mesyuarat perancang telah diadakan pada hari ini pada jam 10:30 pagi iaitu selepas Mesyuarat KO. Selain dari perlantikan AJK beberapa program bagi tahun 2010 juga dibincangkan.

19 November 2009

Keputusan UPSR 2009

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah telah dikeluarkan. Seramai 60 orang murid SK Berangan 1 mendapat 5A dengan peratus lulus sebanyak 90.48. Seterusnya..

16 November 2009

ANUGERAH AURA BITARA



Isnin, 16 Nov 2009


Satu majlis Anugerah Aura Bitara telah diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid SK Berangan 1 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.


Majlis ini yang dirasmikan oleh Yang Berusaha En Azian Jaafar, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tumpat. Dalam majlis ini juga, dua orang murid tahun enam telah dianugerahkan sebagai tokoh murid lelaki dan juga tokoh murid perempuan. Tokoh murid lelaki telah dianugerahkan kepada adik Fathuraman dan tokoh murid perempuan dianugerahkan kepada adik Salsabila Farhana diatas kecemerlangan mereka dalam kedua-dua bidang. Satu tokoh murid harapan telah diperkenalkan bagi memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk lebih cemerlang pada masa yang mendatang. anugerah ini telah diberikan kepada adik Shahira Hazwanie dari tahun 5.

GANGGUAN KOMUNIKASI

Komunikasi mengikut Highet, ialah pemancaran idea dari satu pemikiran kepada satu pemikiran yang lain. Komunikasi ialah satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak ke satu pihak yang lain. Komunikasi berkesan akan tercapai jika penerima menerima dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh penyampai.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Suara guru hendaklah lantang dan jelas serta mengunakan kata-kata yang mudah difahami oleh murid. Seorang guru perlu memastikan supaya komunikasi dengan murid-muridnya adalah bersifat jelas dan terbuka.

Gangguan-gangguan dan Halangan Komunikasi

1. Bising

Kelas yang bising atau persekitaran kelas yang bising (kelas yang berhampiran dengan jalanraya atau pun kawasan pembinaan) akan menganggu komunikasi yang berkesan kerana murid atau pelajar sukar mendegar pelajaran yang disampaikan oleh guru.

2. Emosi Guru atau Murid

Emosi guru atau murid yang kurang stabil akan menjejaskan penumpuan guru atau murid semasa sessi pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan apa yang ingin disampaikan tidak berjaya disampaikan dengan berkesan.

3. Anggapan Umum Terhadap Guru

Terdapat sesetengah murid/pelajar yang berpendapat bahawa guru yang mengajar itu baru dan kurang pengalaman maka mereka mungkin tidak memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran oleh itu komunikasi yang berkesan gagal dilaksanakan.

4. Pemikiran Tertutup

Guru atau murid yang mempunyai pemikiran yang tertutup akan menyebabkan komunikasi itu tidak berkesan. Murid yang berpendapat bahawa satu-satu tajuk itu tidak menarik atau penting tidak akan memberi tumpuan dan ini menyebabkan penyampaian guru tidak diterima secara seratus peratus. Manakala sifat guru yang tidak bersedia untuk menerima pendapat atau pandangan murid juga tidak membantu dalam komunikasi yang berkesan.

15 November 2009

ALIRAN P & P

Antara langkah-langkah atau aliran proses P&P yang perlu diamalkan. Semoga dapat dikongsi dengan pembaca sekalian.

1. Masuk Kelas Awal atau Tepat Pada Masanya

2. Amalkan Budaya Salam dan Membaca Doa

3. Keceriaan dan Kebersihan Kelas


Pastikan keadaan kelas yang bersih dan kemas supaya Pengajaran dan Pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif. Pastikan juga murid betul-betul bersedia sebelum memulakan pengajaran

4. Aktiviti P&P Berpusatkan Murid

Setiap aktiviti pengajaran mestilah lebih bertumpu kepada murid. Pengunaan BBM yang sesuai dan bahan-bahan (material) yang konkrit juga dapat membantu kefahaman murid

5. Penilaian


Selepas aktiviti P&P guru mesti membuat penilaian ( lisan atau bertulis) Jika penilaian P&P berjaya akan diikuti dengan aktiviti pengukuhan.

Sebaliknya jika gagal aktiviti pemulihan perlu dilakukan.

JAMUAN GURU SKB 1

Jamuan akhir tahun bagi guru-guru SK Berangan 1 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 15 November 2009 bertempat di New Horizon, Kota Bharu.

Jamuan yang bermula pada jam 2.00 petang itu juga turut disertai YDP PIBG Tn Hj Ismail Mohamed. Namun begitu jamuan pada tahun ini agak ringkas kerana tiada acara-acara sampingan terutamanya cabutan bertuah.Selepas menerima hadiah dari Guru Besar Pn Hjh Ramzah Yusoff jamuan tersebut berakhir pada jam 3.15 petang.


SK BERANGAN (1) SENTIASA KEARAH BITARA

13 April 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Berangan 1 (SKB 1) mencecah usia 58 tahun pada tahun 2009 . Namun dalam usia lebih setengah abad beberapa aspek memerlukan usaha bersepadu supaya aspek tersebut dapat kita pertingkatkan.
Kejayaan sesebuah sekolah tidak dapat dinafikan diukur berdasarkan pencapaian akademiknya iaitu UPSR . Bidang kurikulum adalah bidang yang memerlukan perancangan dan penilaian yang teliti. Pelbagai program kecemerlangan mestilah diperhebatkan lagi dan diharapkan semua guru akan sentiasa “ aware ” dengan perkembangan “ P & P ” terkini. Program-program khas yang lain seperti KIA 2M , PROTIM dan Pemulihan dipertingkatkan lagi agar hasrat melahirkan sifar buta 3M menjelang tahun 2010 tercapai.
Kita juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan disiplin murid . Pada tahun ini kita akan memperkenalkan nilai SKB 1 berteraskan 5S iaitu SENYUM , SALAM , SOPAN, SAYANG dan SIHAT. Diharapkan Jawatan Kuasa Hal Ehwal Murid dapat merangka program rintis mulai Januari 2009.
Bidang Ko-kurikulum telah mencapai tahap yang membanggakan terutama dalam permainan bola tampar , koir dan pidato . Kita mesti bersedia untuk mempertahankan kejuaraan kita sesuai dengan slogan keramat kita
“ Sentiasa Ke Arah Bitara ”
Tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh PIBG , JPN , PPD , Agensi Kerajaan lain dan bekas murid tua SKB 1 amat besar maknanya kepada warga SKB 1. Terima kasih semua.
Tahniah dan Terima Kasih kepada seluruh warga SKB 1 dan ingatlah“ Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan ”