Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

19 November 2012

Keputusan UPSR 2012 diumumkan

SKB1 19 NOV - Keputusan UPSR tahun 2012 telah diumumkan oleh YBrs.En Che Musthafa b. Che Kasim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Berangan (1) tepat jam 11.40 pagi hari ini Isnin 19 November 2012. Seramai 41 orang murid daripada 152 orang calon sekolah ini telah mencapai 5A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Secara tidak rasmi sekolah ini menduduki tempat ketiga daripada 36 buah sekolah dalam PPD Tumpat.  Seramai 125 orang calon telah lulus semua mata pelajaran dengan pencapaian 82.24 peratus. Manakala GPSnya ialah 1.86. TAHNIAH. SELAMAT MAJU JAYA.

1. 011 Bahasa Melayu (Pemahaman)
           Calon 152 - A 103  % Lulus - 144 (94.74)  GPMP - 1.64
2. 012 Bahasa Melayu (Penulisan)        
           Calon 152 - A   82  % Lulus - 138 (90.74)  GPMP - 1.81
3. 014 Bahasa Inggeris                     
           Calon 152 - A   51  % Lulus - 140 (92.11)  GPMP - 2.15
4. 015 Matematik                             
           Calon 152 - A   67  % Lulus - 145 (95.40)  GPMP - 1.99
5. 018 Sains                                     
           Calon 152 - A   76  % Lulus - 147 (96.71)  GPMP - 1.69  









09 November 2012

Majlis AURA BITARA 2012

SKB1 09 NOV - Majlis AURA BITARA bagi tahun 2012 telah diadakan pada hari Selasa 06 Nov yang lepas. Majlis ini telah diadakan di Dewan Haji Ismail, Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Tuan  Pegawai Pelajaran Daerah telah merasmikan majlis tersebut. Turut hadir di dalam majlis itu Ybhg.Tn.Hj.Bunyamin (YDP PIBG) serta timbalan & AJK PIBG; YBrs En.Mohamad Rafi b. Muhammad Nor (wakil Bank Rakyat Cawangan Wakaf Siku KB); dan ibubapa penerima anugerah. Kategori hadiah dan anugerah  seperti Pencapaian UPKK, Kehadiran 100%, Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum, Kecemerlangan Khas Kokurikulum dan Tokoh Murid.  Seramai 219 orang murid telah menerima hadiah masing-masing. Pada majlis itu diadakan juga penyerahan wang zakat daripada Bank Rakyat yang telah disampaikan oleh wakil bank tersebut. Seramai  228 murid miskin akan menerima bayaran sebanyak RM100 seorang yang akan diadakan nanti. Terima kasih daun keladi.







08 November 2012

MAJLIS KONVO PRA SEKOLAH 2012

SKB1 8 NOV - Majlis Konvo Pra Sekolah 2012 telah diadakan pada hari Selasa 6 Nov yang lalu. Seramai  50 orang murid dari 2 kelas pra-sekolah telah diraikan dalam majlis tersebut. Sijil-sijil tamat pengajian pra-sekolah telah disampaikan oleh YBrs.Tuan Guru Besar, En Che Musthafa b. Che Kasim dan PK Hal Ehwal Murid, Pn Siti Ruhana bt. Kadir. Pra-Sekolah SKB(1) diterajui oleh Pn.Hanisah Ghani dan Pn.Nor Hasimah Abdullah dengan dibantu oleh 2 orang PPM Pn.Norwahida Mohd Rawi   dan Pn. Norliza Derahman.



























01 November 2012

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2013

SKB1 1 NOV -  Satu perjumpaan pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun enam sessi 2013 telah di adakan pada hari Selasa 30.10.2012 bertempat di Dewan Bitara, Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Kehadiran ibubapa pada perjumpaan itu sangat menggalakkan. Antara intipati perjumpaan itu adalah penyampaian keputusan peperiksaan akhir tahun 2012, program masa cuti 2012, perkembangan pembelajaran murid-murid dan dialog bersama . Ucapan telah disampaikan oleh YBrs.Tuan Guru Besar, En Che Musthafa bin Che Kasim.









07 Oktober 2012

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) IPG KB

SKB1 7 OKT - Satu program telah dijalankan oleh kumpulan penuntut-penuntut IPG Kota Bharu di bawah penyelarasnya cikgu Zulzaimi bin Daud pada hari Khamis 4 Oktober 2012 yang lepas. Program ini sebagai satu program perkongsian pintar antara SKB1 dengan IPG KB. En. Mohamad Shukor bin Mohamad Salleh Guru Cemerlang sekolah ini telah menyampaikan taklimat berkaitan Guru Cemerlang pada hari tersebut. Hadir sama pada program ini ialah En.Zainol Abidin bin Zakaria, Pensyarah di IPG KB.












27 September 2012

MAJLIS PEMENTORAN SKB(1) DAN SKB(2)


SKB1 27 SEP  -  Satu Majlis Pementoran telah diadakan pada hari Rabu 26.09.2012 untuk semua guru SK Berangan (1) dan (2) bertempat di Dewan Seminar Hajjah Ramzah, SK Berangan (1). Majlis telah dipengerusikan oleh Ybrs.En.Che Musthafa b Che Kasim, Guru Besar SK Berangan (1). Ucapan-ucapan telah disampaikan oleh Ybrs.T.Hj.Kamaruddin b Ibrahim, Guru Besar SK Kubang Batang dan Ybrs.En.Rosli b Ibrahim dari IAB. Cenderahati telah disampaikan oleh Ybrs.En.Che Hasbullah b Ismail, Guru Besar SK Berangan (2).











13 September 2012

HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN UPSR 2012

Segala Puji bagi ALLAH & Bersyukur kepada ALLAH...

Pada hari ini Murid Tahun 6 SK. Berangan 1 akan menghadapi 2 kertas yang mencabar iaitu
SAINS & BI. 

Semoga SEMUA murid berjaya dengan cemerlang.

YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA KAMI SEMUA... AMIN

09 September 2012

MAJLIS IZIN ILMU 09 SEPTEMBER 2012 AHAD


Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Kita Muhammad SAW Serta Ahli Keluarga Baginda.

Maka dengan Izin Allah jua dapatlah pihak sekolah menyempurnakan satu Majlis yang sangat bermakna buat semua Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR 2012 pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ini.

Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya yang mana Semua Ketua Panitia memberikan keizinan akan Ilmu yang diturunkan kepada semua Murid tahun 6. Semoga dengan keizinan ini, murid akan dapat menempuh UPSR dengan mendapat keputusan yang Cemerlang. Insya ALLAH.

26 Julai 2012

SELAMAT DATANG KEPADA EN. CHE MUSTHAFA BIN CHE KASIM GURU BESAR SK. BERANGAN 1

Alhamdulillah.. Welcome to our new Headmaster.. Hopefully SK  Berangan 1 will embark to the new dimension and aspiration with our new HM... "Divide we fall together we stand" should be our prime objective in order to achieve our dream to be the first among the school in district of Tumpat.... This cannot be achieved without fully commitment of our teachers and board of management, lead by our respected new Headmaster. Nothing is impossible and can be denied... With strong beliefs, charismatic and leadership of our leader....We can achieve it!

27 Jun 2012


MAJLIS "LABUHAN BAHTERA GEMILANG"

GURU BESAR CEMERLANG SK. BERANGAN 1
PUAN HAJJAH RAMZAH BT. YUSOFF
28 JUN 2012 (KHAMIS)

"menjadi kenangan ke akhir hayat"

24 Jun 2012

SEPETANG BERSAMA NAZIR SEKOLAH

MAJLIS
"SEPETANG BERSAMA NAZIR SEKOLAH"
TUAN HAJI ZAABAR BIN MOHD ZAINAL

20 JUN 2012 (RABU)
2.30 - 6.30 PETANG
DEWAN SEMINAR HAJJAH RAMZAH, SKB 1

29 April 2012

Lawatan Kelab Guru SKB1 ke Cameron Highlands

SKB1 29 April- Kelab Guru SKB1 telah mengadakan satu lawatan ke Cameron Highlands, Pahang dari 27 - 28 April 2012. Seramai 18 orang guru dan kakitangan serta keluarga masing-masing yang berjumlah 79 orang menyertai rombongan ini. Rombongan telah berlepas dari Tumpat jam 7.30 pagi dan tiba di Brinchang, Cameron Highlands jam 1.00 tengahari. Rombongan telah menginap di Desa Anthurium Apartment.

Bersarapan bersama famili pada 28.4.2012 
 di apartment CO, D-19.
 Presiden Kelab Guru SKB1, cikgu Zupli Daud melayan anak-anak beliau.


Guru Besar, Puan Hajjah Ramzah Yusoff bersarapan bersama anak-anak dan cucu-cucu beliau,


Berselera nampak. Menu pagi ini : 1. Nasi goreng Anthurium Chefs style 
2. Keropok goreng   3. Salad Wakaf Bharu   4. Jemput pisang 1M'sia  
5. Sandwich S'Corner   6.  Teh O panas
 



Tentu hot topik yang dibincangkan oleh Tn Hj.Hamid dan peserta rombongan.

Pemandangan Ladang Teh Bharrat di waktu petang.