Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

15 Disember 2009

Pembinaan Konsep

Terdapat empat peringkat pengajaran untuk memimpin pelajar membina konsep yang betul.( Cangelosi, 1996). Sebelum merancang pengajaran guru perlu menentukan jenis dan saiz kumpulan bagi setiap peringkat yang hendak dilaksanakan. Guru juga mesti peka terhadap kebolehan dan minat pelajar, bahan-bahan yang hendak digunakan dan juga tahap kesukaran yang hendak dilaksanakan.
Empat peringkat tersebut ialah yang pertamanya ialah menyusun dan mengkategorikan. Pada peringkat ini guru perlu menyediakan tugasan yang memerlukan pelajar untuk menyusun dan mengkategorikan kepada sesuatu yang spesifik. Guru boleh memberi panduan tapi mestilah membiarkan pelajar sendiri yang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Pada peringkat yang kedua ialah peringkat membuat refleksi dan penerangan. Pada peringkat ini pelajar diminta untuk menerangkan rasionalnya mereka mengategorikan contoh-contoh tersebut. Guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetus pemikiran dan juga dapat menerangkan lagi penerangan mereka.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat dimana pelajar-pelajar membuat generalisasi dimana pelajar akan menerangkan atau menjelaskan konsep berdasarkan kepada analisa dan keterangan mengapa set contoh berbeza dengan set bukan contoh. Diperingkat ini mereka mungkin akan dapat membuat definasi konsep tersebut. Namun begitu tidak penting/perlu bagi pelajar untuk menamakan konsep tersebut dengan tepat.
Peringkat yang terakhir dalam memimpin pelajar membina konsep ialah pengesahan. Penerangan maksud diuji dengan tambahan set contoh yang sudah dikenalpasti contoh atau bukan contoh.