Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

26 Mei 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah

24hb Mei 2010 (Isnin)

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Ismail Mohamad (Abe Ail) pada 24 hb Mei yang lalu.

Atur cara majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SKB 1 ke tapak perhimpunan diketuai oleh Guru Besar dan YDP PIBG.
Majlis kemudiannya di susuli dengan penyerahan sekutum mawar merah tanda kasih murid-murid terhadap guru SKB 1 oleh barisan pengawas sekolah.

Selepas bacaan doa oleh Ustaz Tn Hj Azeman Zakaria, majlis dimulakan dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Ibrahim dan Cikgu Zupli. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil murid dan deklamasi sajak oleh Cikgu Deraman.

Selepas ucapan dari Guru Besar dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, guru-guru menyampaikan lagu Guru Malaysia dan bacaain ikrar guru yang diketuai oleh Tn Hj Che Mokhtar

Sebahagian murid-murid SKB 1 yang khusyuk mendengar ucapan dan deklamasi sajak sempena hari guru.

persembahan guru-guru dan aktiviti sukan sempena hari guru.