Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

11 Mac 2014

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2014

SKB1 11 MAC - Sekolah Kebangsaan Berangan (1) telah mengadakan majlis motivasi ibubapa calon-calon UPSR tahun 2014 pada hari Isnin 10 Mac 2014 bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Dewan Sri Bitara sekolah ini. Program Kecemerlangan ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Air Dingin, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Biro Kebajikan PIBG, SK Berangan (1). Pakar motivasi En. Shamshi bin Hj. Shamsuddin dari Intelligent Mission telah menjalankan sessi motivasi kepada 142 ibubapa serta calon-calon. Dalam majlis ini telah disampaikan sumbangan insentif kepada 2 orang murid yang telah mencapai 5A dalam semua mata pelajaran bagi Ujian Bulan Februari. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Safidah bt Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan. Beliau telah menyampaikan ucapan dan merasmikan penutup majlis itu.






1 ulasan:

  1. Tahniah pihak pengurusan dan para guru SK Berangan 1 yang telah menjayakan satu program yg cukup bermakna kpd ibubapa dan calon-calon UPSR 2014. Program seumpama ini boleh dikembangkan lagi di setiap tahap pelajar agar kesedaran boleh di tanam dikalangan pelajar dan ibubapa daripada peringkat awal lagi.

    BalasPadam