Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

20 November 2018

Majlis Aura Bitara

Sk Berangan 1- 19 November 2018, Majlis Aura Bitara (Anugerah Kecemerlangan) telah diadakan bagi meraikan murid-murid SKB1 yang cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2018.
Majlis yang diadakan di dewan Sri Bitara, SKB1 bermula jam 0830 itu telah dirasmikan oleh Ybrs En Alias b. Ismail, Penolong PPD Pengurusan Akademik, PPD Tumpat.
Ybrs En Alias Ismail
Dalam majlis ini juga 3 orang murid tahun 5 telah dipilih sebagai pengacara majlis, yang mengacara majlis dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab. Ini adalah sebagai satu aktiviti untuk menonjolkan kemenjadian murid.
Program ini juga dihadiri oleh YDP PIBG Tn Hj Ahmad Ruzi dan Ajk PIBG yang lain yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan murid-murid SKB1
* Antara murid-murid yang menerima hadiah dan penghargaan daripada pihak sekolah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan