Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

21 Jun 2011

Pengurusan Stres 1

Assalamualaikum.....

Anak-anak yang papa sayangi.

Dewasa ini papa merasakan sedikit terganggu lantaran kisah-kisah yang dipaparkan di dada-dada akhbar amat menyayat hati. Tak sanggup papa untuk menatap gambar bayi-bayi comel yang ditinggalkan di merata-rata tempat. Kenapa mereka ini tergamak melakukan sedemikian.  Bukan itu aje, ada remaja yang  nekad untuk membunuh diri hanya kerana frust tak dapat apa yang dihajati. Satu lagi yang papa rasa agak keterlaluan, ada bapa yang sanggup mengacukan pistol di kepala seorang guru. Kenapalah sampai begitu sekali ye. Kalaupun ada salah faham, tak kan tak boleh dibawa berbincang langsung. Papa tak berdaya nak bantu mereka dan keluarga mereka ni. Namun jauh di sudut hati papa, papa merasakan perihal mereka yang sebegini perlu ditangani oleh semua pihak. Sebagai langkah permulaan, papa coretkan satu catatan yang pada hemat papa dapat membantu (biarpun sedikit) mereka di luar sana. Khususnya remaja dan siapa-siapa yang berkaitan. Insyaallah...



_________________________
TAJUK :
PENGURUSAN TEKANAN

"STRESS MANAGEMENT"
________________________

SENYUM ITU SEDEKAH

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri....
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum...


Senyum...kepada semua
senyumanmu... amatlah berharga
Senyum ... membahagiakan
Dengan senyuman ... terjalinlah ikatan


Takrif Stres

# Stres ialah keadaan di mana seseorang individu berada dalam keadaan tertekan.
# Keadaan ini wujud dalam kehidupan harian setiap manusia disebabkan oleh faktor individu itu  
   sendiri  dan juga faktor luaran.
# Stres boleh meningkat dari semasa ke semasa sehingga kadangkala mencapai tahap kritikal.

Tahap-tahap Stres

1. Tekanan Reaktif

Tekanan yang disebabkan oleh faktor luaran, individu biasanya hilang sebahagian kehendak atau minat untuk meneruskan perjuangan hidup.

Sifat-sifat

# Rendah diri
# Hilang tenaga
# Hilang fokus
# Mudah lupa

2. Tekanan Endogen

Tekanan yang disebabkan oleh faktor dalaman seperti keturunan atau faktor biokimia dalam tubuh badan.

Sifat-sifat

# Hilang citarasa
# Berfikir untuk bunuh diri
# Berasa diri tidak berguna dan masa depan kelihatan gelap.

3. Tekanan Psikosis

Tekanan yang amat parah yang mengakibatkan gangguan mental. Lazimnya, ditemui di hospital sakit jiwa.

Sifat-sifat

# Tiada rasa tanggungjawab
# Tidak lagi menghiraukan makan dan minum.
# Bunuh diri atau membunuh orang lain.

FAKTA TENTANG STRES

# Stres tidak sama antara seseorang dengan seseorang yang lain.
# Stres tidak semestinya tidak baik.
# Cara menangani stres tidak sama untuk semua orang.
# Tidak ada simptom tidak bermakbna tiada stres.
# Stres berada di mana-mana tetapi kita melakukan sesuatu terhadapnya.

Ciri-ciri Stres

1. Hilang tenaga

# Badan terasa penat, pergerakan menjadi perlahan dan mengambil masa untuk menyiapkan sesuatu
    tugas  harian yang lazim.
# Sering sakit belakang dan akit sendi.

2. Lambat berfikir

# Sukar untuk mengeluarkan pendapat.
# Susah memberi tumpuan dan memahami sesuatu.
# Kurang peka terhadap apa-apa yang berlaku di persekitaran.

3. Menjadi pasif

# Mengelak diri daripada menyertai apa-apa aktiviti.
# Lebih suka melihat sahaja daripada melibatkan diri.
# Gemar bersendirian dan tidak suka menonjolkan diri.

4. Pendiam

#Tidak banyak bercakap dengan orang ramai
# Selalu mengasingkan diri.
# Tidak menghiraukan lawak jenaka teman-teman.
# Sentiasa muram dan tidak ceria.

5. Anggap diri seorang yang teruk

# Menganggap diri sebagai mangsa.
# Berasa diri tidak berguna dan tidak mampu melakukan sesuatu kerja.
# Merasakan kehidupan tidak berlaku adil terhadap dirinya.

6. Deria dan Persepsi pudar

# Sering berasa keseorangan.
# Tiada apa yang boleh merangsangkan kesronokan.
# Kehidupan menjadi tawar dan seperti tidak bernyawa lagi.






... to be continued

1 ulasan: