Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

19 Jun 2011

Syarat Wajib Puasa

Apa khabar anak2....

Papa harap sangat anak2 sentiasa sihat, cergas dan cerdas. Dalam minggu-minggu penting seperti minggu ini, anak2 mesti ambil berat soal kesihatan. Nanti, kesihatan terjejas anak2 tidak dapat tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang bakal berlangsung esok.

Baiklah anak2. Kali ini Papa ingin berkongsi pula  SYARAT WAJIB PUASA

Sebagaimana anak2 tahu, selepas kita mengtahui perkara-perkara asas tentang puasa, kita juga hendaklah mentahui perkara-perkara yang menjadi syarat wajib ketika berpuasa. Maksudnya, sekiranya syarat-syarat yang akan Papa nyatakan ini terdapat pada anak2 maka wajiblah anak2 berpuasa. Seandainya anak2 meninggalkan suruhan ini, maka berdosalah. Anak2 tahukan apa hukumnya orang yang meninggalkan perkara wajib atau perkara yang disuruh oleh Allah. Tentunya juga anak2 mengtahui balasannya kan. Namun begitu anak2, janganlah pula anak2 mengambil kesempatan tak nak puasa kerana tak cukup syarat kononnya. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun pun dah mula puasa. Malulah kalau anak2 yang belajar di SKB1 tak nak puasa....

Oklah anak2. Syarat wajib puasa yang pertama : Islam.

Syarat ini menjadi syarat utama kepada kita. Ye lah, kan puasa bulan Ramadhan tu rukun Islam. Ingat tak rukun Islam ada berapa? Kalau bukan orang Islam, senang pula citernye... harap syarat yang ni tak jadi masalah untuk anak2 fikirkan.

Kedua : Berakal

Har...har...har....Faham ke maksud berakal tu. Berakal tu lain maksud dengan berotak ye. sebab semua orang ada otak. Kambing pun ada otak anak2. Tapi kambing tu tak berakal. Walaubagaimanapun yang papa citer ni semuanya berkait dengan manusia bukannya binatang. Maknanya orang tu mestilah sihat akal, cergas akal, cerdas akal. Dengan lain perkataan tak G.I.L.A. le tu. Orang gila mana boleh puasa kan. Dah gila, tentulah dia tak tahu apa yang dia buat. Entah-entah dia dok makan roti cicah air kopi. Puasa apa kalau dah macam tu. Justeru itulah, berakal tu menjadi syarat kepada wajisb puasa.

Ketiga : Baligh.

Anak2 tahu ke maksud baligh? Ye.. Baligh tu ertinya cukup umur. Antara seorang individu dengan individu yang lain, had umurnya tidak sama. Sebab bagi perempuan, umur baligh ditentukan berdasarkan datang haid kali pertama. Umur datang haid pula antara 9 tahun hingga 15 tahun. Ada perempuan pertama kali datang haid masa umur 9 tahun. Ada perempuan umur 14 tahun pun belum lagi datang haid untuk kali pertama. Jadi had umur baligh dengan sendiri tak sama. Bagi lelaki pula, papa rasa arround 12 tahun tu dah baligh le tu. Sepatutnya apabila anak2 bermimpi bersetubuh ke atau whatever sehingga keluar air mani. Had umurnya tak disebut secara terperinci. Tapi kalau Tahun Enam tu boleh dikira baligh le tu. Tak salah pun kalau kita buat benda yang baik walaupun syarat wajibnya tak jelas lagi.

Keempat : Mampu

Kemampuan seseorang ni pun tak sama anak2. Ada orang yang tenaganya memang kuat, ada orang agak manja sikit. Kita kan berbeza antara seoarang dengan seorang yang lain. Macam ni, mampu ni maksudnya, kita boleh bertahan dengan tidak makan dan tidak minim sepanjang hari tu. Sekiranya, dengan tidak makan dan tidak minum sepanjang hari tu kita boleh mendapat penyakit, maka kita bolehlah berbuka. Dengan lain perkataan, kalaulah berpuasa itu memudaratkan kita, berbukalah. Cuba anak2 fikirkan, seorang tua yang memang tua, dahlah tua sakit pula  tentunya beliau memerlukan makan dan minuman untuk tenaga kan. Atau seorang yang sakit tenat, atau penyakitnya kalau tak makan atau minum boleh bawa maut, tentunya terpakaksa berbuka kan. Islam ni anak2 takdelah zalim. Jauh sama sekali untuk menzalimi sape-sape.
Maknanya anak2, janganlah hanya kerana kaki terpijak duri, anak2 pun tak nak puasa, alasannya sakit. Har..har..har...kalau itu alasannya buat malu papa je. Selagi boleh tahan, kita kena bertahan Inilah keseronokan berpuasa. Bertarung dengan nafsu makan. Memang best. Nak tahu best ke tidak cuba tengok time berbuka. Har..har..har.. sendiri mau ingat le yeee.

Satu hal yang anak2 kena faham, setelah kita diharuskan berbuka atas sebab-sebab tertentu, jangan lupa kita kena Qada balik puasa tu. Maksudnya kena ganti le....

Jumpa lagi...

papanaien

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan