Halaman

Papan Kenyataan

UJIAN AKHIR TAHUN 2020 PADA 4 NOVEMBER 2020

01 Ogos 2011

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YAN BERLAKU DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum anak-anak......

Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa untuk tahun ini. Tentunya anak-anak masih segar bugar. Masih ada energy. Harapan papa agar puasa anak-anak sempurna sampai waktu berbuka nanti. Jangan lupa, bila berbelanja di pasar Ramadhan, bersederhanalah. Papa takut nanti anak-anak berbelanja mengikut nafsu semata-mata, sudahnya membazir. Ingat !!!! Beli makanan  atau barangan yang perlu sahaja.

Okeylah ...untuk hari ini papa ingin berkongsi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan. Harap, ianya dapat dijadikan panduan dan iktibar untuk kita semua.

1.     Penurunan kitab-kitab Samawi pada bulan Ramadhan.

        Suhuf nabi Ibrahim           : Awal Ramadhan
        Kitab Taurat nabi Musa    : 6 Ramadhan
        Kitab Injil nabi Isa            : 13 Ramadhan
        Kitab suci al-Quran           : 17 Ramadhan

2.     Peristiwa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan seperti yang dijelaskan dalam surah al-  
         Qadr.

3.     Perang Badar berlaku pada hari Jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah yang
        membawa kemenangan kepada tentera Islam. Ia juga disebut "Yaumul Furqan" (Hari pemisah
        antara yang benar dengan yang salah).

4.     Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah) yang berlaku pada 20 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.

5.     Perang Tabuk berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.

6.     Peristiwa Bani Thaqif dari Taif memeluk Islam pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.

7.     Pemusnahan tempat pemujaan berhala al-Uzza oleh panglima Khalid al-Walid di Nakhlah pada 
        bulan Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.

8.     Penyebaran Islam ke negeri Yaman pada bula Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.

9.     Panglima Tariq bin Ziad berjaya mengalahkan tentera Roderick pada bulan Ramadhan tahun ke
        92 Hijrah yang membawa kepada pembukaan Andalusia (Sepanyol).

10    Berlaku perang al-Zulaqah pada 25 Ramadhan tahun 479 hijrah di suatu kawasan tanah rendah
       (berhampiran Portugal sekarang) di antara tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf Tashipin
        dengan tentera Peranchis pimpinan Alfonso. Tentera Islam mencapai kemenangan.

11     Berlaku perang "Ain Jalut" pada 15 Rmadhan tahun 658 Hijrah di antara tentera Islam yang
        dipimpin oleh Sultan Qutuz iaitu Sultan Kerajaan Mamalik di Mesir dengan tentera Mongol.
        Tentera Islam mencapai kemenangan dan berjaya menyatukan kembali Mesir dan negeri Syam.

12     Khadijah binti Khuwailid isteri nabi s.a.w. menerima Islam.

13     Kematian Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid pada tahun ke 10 selepas Nabi s.a.w. 
         dilantik menjadi Rasul. Beliau merupakan isteri pertama baginda s.a.w., ibu kepada anak-anak
         baginda s.a.w, orang yang pertama menyahut seruan Nabi s.a.w, pembantu setia dan 
         pendamping  rapat yang telah membelanjakan segala hartanya dan dirinya
         di dalam menyebarkan agama Islam kepada masyarakat syirik dan berhala di Kota Mekah.

14     Pada tahun kedua Hijrah difardhukan 'ibadah zakat dan solat dua hari raya.

15     Perutusan Zaid bin Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi
         menggertak mereka kerana telah menghalang satu kafilah dagangan daripada menuju ke
         Madinah, mereka telah menawan kafilah tersebut, merampas dagangannya dan membunuh
         beberapa anggotanya. Apabila Zaid sampai di sana, beliau mendapati Bani Fazarah telah
         melarikan diri dan beliau pulang ke Madinah membawa beberapa orang tawanan dan harta.

16     Pengislaman kaum Saqif pada tahun ke 9 Hijrah setelah menemui Nabi s.a.w. di Madinah.

17     Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad s.a.w. pada tahun ke 11
         Hijrah. Beliau merupakan orang pertama di dalam keluarga nabi Muhammad yang meninggal
        dunia selepas kewafatan Baginda s.a.w. Berusia 29 tahun meninggalkan suaminya Ali bin Abi
        Talib dan dua orang cucu Baginda s.a.w. ketua pemuda penghuni syurga al-Hasan dan al-Husin.

18     Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 Hijrah dibunuh oleh seorang Khawarij Abd Rahman
         bin Muljim al-Himyary.

19     Kematian Ummul Mu'minin Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq pada tahu ke 85 Hijrah.

20     Kematian Nafisah binti al-Husan bin Zaid bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib pada tahun ke 208
         Hijrah. Beliau telah keluar dari Madinah bersama suaminya Ishaq bin Jaafar bin Muhammad as-
         Sadiq menetap di Mesir.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan